Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg

Selasa, Ogos 17, 2010

buru kejuaraan kelima Skuasy Wanita dunia

Mymetro -Nicol buru juara kelima

DATUK Nicol David berpeluang merangkul kejuaraan kelima Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia pada 15-22 September depan sekali gus mengulangi pencapaian jurulatihnya, Sarah Fitz-Gerald.
Nicol yang juga turut berpeluang muncul pemain ketiga Wispa merangkul tiga kejuaraan berturut-turut seperti rekod Sarah dan seorang lagi lagenda, Michelle Martin.

parti bulan puasa

Mymetro -Mabuk sakan di bulan puasa
KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ada wanita Islam mabuk ketika berparti di sebuah pusat hiburan di ibu kota seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan.
Perbuatan biadab wanita terbabit terbongkar dalam serbuan polis di pusat hiburan berkenaan, Sabtu lalu.
Ketika diserbu, lima wanita itu berpelukan dengan teman lelaki masing-masing sambil berjoget, malah tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa.

mengaku buang bayi dalam tong sampah

Mymetro -Pasangan muda mengaku buang bayi dalam tong sampah
MALU...gadis juvana terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Melaka, semalam. 

 
MELAKA: Sepasang kekasih yang ditahan beberapa jam selepas membuang seorang bayi perempuan di dalam tong sampah di hadapan kilang plastik di Ayer Keroh, awal pagi hari pertama Ramadan lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Pada prosiding bermula kira-kira jam 3 petang itu, tertuduh lelaki yang berusia 18 tahun dan pasangannya, juvana berusia 17 tahun 10 bulan, kedua-duanya berasal dari Felda Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan mengaku bersalah terhadap pertuduhan sejurus ia dibacakan dan diterangkan jurubahasa mahkamah.

perdana menteri ke bazar ramadhan

Utusan -PM tinjau bazar Ramadan



Najib Tun Razak membalik murtabak semasa melawat Bazar Ramadan Putrajaya di Presint 2, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 16 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan langkah mengadakan bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini sesuatu yang baik kerana mampu memberi pulangan lumayan kepada peniaga.
Pada masa sama, menurut Perdana Menteri, bazar Ramadan memberi peluang kepada masyarakat setempat menikmati pelbagai jenis hidangan pada harga yang agak rendah.

hilang 4 keluarga di pusingan U

kosmo -Pusingan U ragut empat nyawa

PROTON Wira yang dirempuh van Toyota di Kilometer 22, Jalan Seremban-Simpang Pertang, Jelebu kelmarin.

JELEBU – Hilang isteri, hilang tiga anak serentak. Demikian harga yang dibayar oleh seorang suami apabila kereta Proton Wira dipandunya tiba-tiba membuat pusingan U sebelum kereta itu dirempuh sebuah van Toyota di Kilometer 22, Jalan Seremban-Simpang Pertang malam kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 9 malam, empat beranak yang terkorban ialah Hazilawati Abdul Halim, 34, dan tiga anaknya iaitu Khairunisa Afiqah Khairul Affendy, 7, Khairul Afiq, 5, serta Khairul Aiqal, 1.

rayu tahanan dibebaskan

Kosmo -Keluarga rayu tahanan dibebaskan

TUJUH nelayan rakyat Malaysia kini ditahan di bangunan Jabatan Polis Perairan Marin, Sekupang Jaya di Batam, Indonesia.

BATAM (Indonesia) - "Bapa mertua saya sedang sakit, saya berharap sangat kalau dia dan enam yang lain dapat dibebaskan dengan segera."
Itu harapan Koo Chuan Pong, 40, menantu kepada Boh Kee Soo, 63, salah seorang nelayan Malaysia yang ditahan penguat kuasa perikanan Indonesia semasa sedang menangkap ikan di perairan Kota Tinggi di sini Jumaat lalu.

Teksi sapu curi penumpang

Kosmo -Teksi sapu kuasai hentian bas

PEMANDU kereta sapu menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai di Hentian Bas Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Isu kereta sapu sudah banyak kali diperkatakan sejak sekian lama dan kewujudan 'pencuri' penumpang ini tidak pernah berakhir.
Mereka berani melakukan tawar-menawar dengan penumpang tanpa mempedulikan undang-undang dan sensitiviti pemandu teksi berlesen yang turut mencari rezeki.

peniaga pukul pegawai MBAS

Kosmo -Peniaga pukul penguat kuasa

ANGGOTA penguat kuasa MBAS menyita peralatan peniaga ingkar dalam operasi Ramadan di Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menyita dan merampas barang jualan peniaga yang berniaga sebelum pukul 3 petang sepanjang bulan Ramadan telah menyebabkan seorang wanita naik angin lalu memukul anggota penguat kuasa yang datang ke kedainya semalam.

tok kadi songsang dicekup

Kosmo -Pak Sheikh, 'tok kadi' kena cekup


PAK SHEIKH (kiri) mendengar penjelasan yang diberikan oleh seorang pegawai JAIS ketika diserbu di Subang Perdana, Shah Alam Jumaat lalu.


SHAH ALAM – Tembelang Pak Sheikh yang mendakwa dirinya amil zakat bertauliah di Selangor dan menjadi broker pernikahan songsang akhirnya terbongkar selepas lokasi aktivitinya diserbu pihak berkuasa Jumaat lalu.
Dia bersama seorang ‘tok kadi’, seorang ‘saksi’ dan seorang wanita yang mendakwa anak kepada ‘tok kadi’ ditangkap dalam satu serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Jumaat lalu.

anwar akan disoal siasat

Malaysiakini - Guna foto sultan Johor, polis akan soal Anwar

Polis akan memanggil ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merekodkan keterangannya bagi membantu siasatan berhubung penggunaan gambar Sultan Johor Sultan Ibrahim, pada kain rentang bagi satu ceramah parti itu di Batu Pahat bulan lepas.

Ketua Polis Batu Pahat ACP Ibrahim Mohd Aris berkata keterangan Anwar akan diambil dalam masa terdekat supaya siasatan mengenai penggunaan gambar itu dapat diselesaikan segera.

muntah darah selepas dibelasah jiran

Kosmo -Separuh mati dipukul jiran
KUALA LUMPUR: Hanya kerana menegur jirannya yang membuat bising melampau ketika dia cuba untuk tidur kerana ingin bangun awal bersahur, seorang lelaki ‘muntah darah’ selepas dibelasah separuh mati, selain dihentam dengan kerusi hingga menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.
Dalam kejadian itu, mangsa yang juga seorang mualaf berusia 59 tahun cedera teruk di kepala dan koyak telinga kiri serta pengsan beberapa jam selepas dipukul bertubi-tubi oleh suspek yang berang dengan teguran mangsa.

bapa simbah asid pada keluarga sendiri

Kosmo - Empat sekeluarga disimbah asid



NURUL DAHYATUL yang melecur teruk dirawat di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita tidak menyangka suaminya sanggup membawa asid untuk mengugutnya mendapat wang sehingga menyebabkan dia tiga beranak dan ibunya melecur di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi itu, suspek dipercayai bertindak demikian kerana berang dengan keputusan mangsa yang telah berpindah pulang ke rumah ibunya dan dalam proses memohon penceraian dengan suspek.

buang bayi di Sungai Tambun,Kota Damansara

Kosmo -Terkejut kaki bayi terjulur dari beg


ANGGOTA polis memeriksa mayat bayi yang ditemui di Sungai Tambun di Kota Damansara semalam.

PETALING JAYA – Lima sahabat yang leka menjala ikan terkejut apabila menemui satu beg galas yang hanyut berisi mayat bayi perempuan di Sungai Tambun di Kota Damansara di sini semalam.
Beg galas berwarna hitam itu dipercayai dicampak ke dalam sungai itu dan dihanyutkan air menghala ke kolam tadahan banjir tidak jauh dari situ.

kemalangan bot cederakan 2 pelancong

Bernama - 2 pelancong cedera kemalangan bot

KUALA TERENGGANU - Sepasang pelancong dari Norway cedera dalam satu kemalangan bot di perairan Pulau Perhentian, petang semalam.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II Negeri Supt K. Manoharan hari ini berkata, dalam kemalangan pukul 6.15 petang itu Steiro Kelly, 29, seorang jurutera cedera ringan manakala isterinya Tina Mariann Steiro, 30 seorang guru, patah tulang selangkanya.
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design