Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg

Ahad, Mei 30, 2010

MIC : Murugessan Dipecat Sebagai Setiausaha Agung MIC

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Setiausaha Agung MIC S. Murugessan telah dipecat dari jawatannya dan diganti dengan Ketua MIC Negeri Sembilan Datuk T. Rajagopalu berkuat kuasa serta merta, kata Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu pada Ahad.

Dalam kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, Samy Vellu berkata ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk V. Mogan, dilantik sebagai Ketua MIC Negeri Sembilan, menggantikan Rajagopalu dan timbalannya diambilalih oleh A. Ganesan.

Murugessan, yang dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC), Jumaat lepas mempersoalkan secara terbuka tindakan Samy Vellu memecat empat anggota CWC yang mengkritik tempoh peralihan kuasa oleh presiden itu.

Menurut perlembagaan parti, selain ketua negeri, presiden mempunyai kuasa untuk melantik setiausaha agung, bendahari agung, ketua penerangan dan enam anggota CWC.

Sementara itu, Murugessan dalam SMS kepada Bernama berkata presiden mempunyai budi bicara untuk melantik atau memecat setiausaha agung parti.

"Saya bangkit terhadap perkara yang saya percayai dan bersedia menghadapi akibatnya," kata peguam itu.Beliau mengucapkan tahniah dan maju jaya kepada Rajagopalu atas pelantikannya sebagai setiausaha agung parti itu.

Dalam pada itu, Rajagopalu memberitahu Bernama bahawa beliau akan berkhidmat dengan presiden dan parti secara ikhlas serta bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

Sambil mengucapkan terima kasih kepada presiden atas pelantikan itu, Rajagopalu berkata : "Saya akan mengambil arahannya (Samy Vellu))."Rajagopalu, seorang anggota CWC, berusia 56 tahun, merupakan seorang peguam dan menyertai MIC sejak tahun 1978.

-- BERNAMA

Polis cari teman lelaki remaja tanam bayi

PETALING JAYA — Polis sedang mengesan teman lelaki kepada remaja perempuan yang dikaitkan dengan kes penemuan mayat seorang bayi yang ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa dekat sini Isnin lepas.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis telah mengenal pasti identiti lelaki itu yang berusia 30-an dan percaya dia kini bersembunyi di sekitar Lembah Klang.
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design