PAK SHEIKH (kiri) mendengar penjelasan yang diberikan oleh seorang pegawai JAIS ketika diserbu di Subang Perdana, Shah Alam Jumaat lalu.
SHAH ALAM – Tembelang Pak Sheikh yang mendakwa dirinya amil zakat bertauliah di Selangor dan menjadi broker pernikahan songsang akhirnya terbongkar selepas lokasi aktivitinya diserbu pihak berkuasa Jumaat lalu.
Dia bersama seorang ‘tok kadi’, seorang ‘saksi’ dan seorang wanita yang mendakwa anak kepada ‘tok kadi’ ditangkap dalam satu serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Jumaat lalu.





