Tajuk Berita Terbaru

Selasa, Ogos 17, 2010

rayu tahanan dibebaskan

Kosmo -Keluarga rayu tahanan dibebaskan

TUJUH nelayan rakyat Malaysia kini ditahan di bangunan Jabatan Polis Perairan Marin, Sekupang Jaya di Batam, Indonesia.

BATAM (Indonesia) - "Bapa mertua saya sedang sakit, saya berharap sangat kalau dia dan enam yang lain dapat dibebaskan dengan segera."
Itu harapan Koo Chuan Pong, 40, menantu kepada Boh Kee Soo, 63, salah seorang nelayan Malaysia yang ditahan penguat kuasa perikanan Indonesia semasa sedang menangkap ikan di perairan Kota Tinggi di sini Jumaat lalu.

Chuan Pong turut berharap kerajaan Malaysia dapat mencari jalan penyelesaian dan berunding dengan kerajaan Indonesia bagi membebaskan mereka.
"Memandangkan ini bulan puasa, saya minta mereka dilepaskan bagi membolehkan mereka bersama keluarga dan menjalankan kerja seperti biasa," katanya selepas melawat bapanya di Jabatan Polis Perairan Marin, Sekupang Jaya di sini semalam.
Akhbar semalam melaporkan, tujuh nelayan berumur di antara 23 hingga 63 tahun yang menaiki lima buah bot ditahan sebuah bot penguat kuasa negara jiran pada pukul 9.30 malam pada kedudukan empat batu nautika, Tenggara Tanjung Punggai, Kota Tinggi, Johor pada Jumaat lalu.
Tujuh nelayan itu ialah Boh Kee Soo, 63; Chong Ah Choi, 58; Roszaidy Akub, 29; Faisal Mohamad, 39; Ghazali Wahab, 41; Lim Kok Guan, 32, dan Mulimin Mahmid, 53.
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design