Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg

Jumaat, Mei 21, 2010

Penggodam jual 1.5 juta akaun Facebook


WASHINGTON: Seorang penggodam Russia bernama Kirllos menawarkan 1.5juta akaun Facebook pada harga rendah, lapor firma komputer VeriSign’siDefense.

Pembeli yang mempunyai kurang ‘10 sahabat’ dalamakaun laman web itu boleh membeli 1,000 akaun pada harga AS$25 (RM85)manakala pemilik lebih 10 sahabat boleh membelinya pada harga AS$45(RM153).

Firma komputer itu menganggarkan Kirllos sudah mencuri satu setiap 300pemilik akaun Facebook. Antara yang ditawarkan termasuk kod laluan. Apayang tidak diketahui ialah sama ada alamat emel atau kod laluan itusahih.

Data firma Symantec pula menyatakan, maklumat itu biasanya dijual padaharga AS$1 (RM3.40) hingga AS$20 (RM68). Sehingga ini, 700,000 akaunsudah dijual.

Semua kesan menunjukkan urusan jual beli akaun berkenaan juga sudah dilenyapkan.

Pengguna yang mendapati alamat emal dan kod laluan mereka digunakanmenghadapi risiko identiti mereka dicuri serta menjadi sasaran penipuanlebih serius.

Awal tahun ini dia menawarkan 100,000 akaun kepada sesiapa yang berminat.

Pendera Siti Hajar dipenjara lapan tahun


SITI HAJAR ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Selepas Yim Pek Ha, kini tiba giliran Hau Yuan Tyng menerima hukuman penjara lapan tahun setelah Mahkamah Se- syen di sini semalam mensabitkan ibu tunggal itu bersalah atas tiga pertuduhan mendera dan mencederakan bekas amahnya, Siti Hajar Sadli tahun lalu.

Hakim S.M Komathy Suppiah turut mengarahkan Yuan Tyng membayar pampasan sebanyak RM5,000 kepada Siti Hajar mengikut Seksyen 426 (b) Kanun Tatacara Jenayah.

Ibu kepada dua orang anak itu dihukum penjara masing-masing empat tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua manakala tertuduh dikenakan hukuman penjara enam bulan bagi pertuduhan ketiga.

Komathy mengarahkan hukuman bagi pertuduhan pertama dan ketiga berjalan serentak dengan hukuman pertuduhan kedua berjalan berasingan dan kesemua hukuman diarah bermula semalam.

Namun mahkamah membenarkan permohonan peguam M. Manoharan yang mewakili Yuan Tyng, 44, supaya kesemua hukuman itu ditangguhkan sehingga rayuan selesai didengar di Mahkamah Tinggi.

Seolah-olah dia sudah menjangka keputusan mahkamah, Yuan Tyng dilihat menerimanya dengan tenang sambil berbual-bual dengan anak dan ahli keluarganya.

Devan, 3 pemain dihukum FAM

IMBAS KEMBALI... Devan (kanan) bertikam lidah dengan Kamil pada perlawanan separuh akhir Piala FA di Paroi, 3 April lalu.

ORANG lain makan nangka, orang lain pula yang kena getahnya. Begitulah perumpamaan tepat terhadap nasib yang menimpa pengurus merangkap jurulatih Selangor, K. Devan serta tiga pemainnya, Hardi Jaafar, Safee Sali dan Razman Roslan.

Kesemua mereka digantung antara empat hingga enam perlawanan dan dikenakan denda berjumlah RM16,000 oleh Persa- tuan Bola Sepak Malaysia (FAM).Ia ekoran salah laku disiplin ketika saingan separuh akhir Piala FA bertemu Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 3 April lalu.

Sekalipun Selangor menang 1-0 pada aksi tersebut bagi mengikat kedudukan dengan agregat 2-2, namun skuad Gergasi Merah itu gagal ke final disebab- kan peraturan gol di tempat lawan.

Di sebalik kegagalan Selangor itu, kekecohan yang berlaku antara Devan dengan penjaga gari- san, Mohd. Kamil Tumin lebih menjadi tumpuan.

Kekecohan itu berpunca dari- pada kegagalan pengadil perlawanan, Ibrahim Mohamad dan Kamil memberikan sepakan penalti kepada Selangor biarpun jelas pemain pertahanan Negeri Sembilan, Shukor Adan sengaja menampan bola menggunakan tangan.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin FAM, Kamaruddin Abdullah berkata, biarpun hukuman tersebut dianggap cukup berat, namun ia adalah mengikut pera- turan yang ditetapkan dalam Kod Tatatertib FAM.

"Devan melakukan dua kesala- han iaitu keluar dari kawasannya untuk mengganggu penjaga gari- san serta mengeluarkan kata kesat terhadap penjaga garisan dan komisioner perlawanan."Hardi juga dua kesalahan iaitu menyerang dan menolak penjaga garisan serta memukul bela- kang badannya selepas perlawanan.

"Jadi Devan dan Hardi dihukum gantung enam perlawanan dan denda RM6,000 setiap seorang."Safee pula satu kesalahan iaitu melakukan sentuhan terhadap pengadil. Dia digantung empat perlawanan dan denda RM2,000.

"Manakala Razman bersalah kerana menampar pipi pemain Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah. Dia digantung empat perlawanan dan dikenakan denda RM2,000," katanya kepada Kosmo! petang semalam.

Kamaruddin menambah: "Keputusan adalah muktamad dan tidak boleh dirayu memandangkan ia merupakan hukuman minimum bagi setiap kesalahan. Ia berkuat kuasa serta-merta."

Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design