Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg

Khamis, Ogos 05, 2010

hari Orang Asal sedunia di Sepang

Sambutan hari Orang Asal sedunia di Sepang Sabtu ini
Seramai 600 Orang Asal, termasuk dari Sabah dan Sarawak, akan berkumpul di Pantai Bagan Lalang Sepangbagi memeriahkan sambutan Hari Orang Asal Sedunia (HOAS) Sabtu dan Ahad ini.

Sambutan tahun ini dianjurkan oleh Jaringan Orang Asal Semalaysia dengan kerjasama NGO seperti Center for Orang Asli Concerns (COAC), Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) bahagian negeri Selangor dengan penganjuran di bawah Tourism Selangor Sdn Bhd.

Sambutan tahun ini akan dimeriahkan dengan pelbagai acara yang disediakan termasuk sajian makanan tradisi dari Sabah dan Sarawak.

"Selain itu, ia turut diserikan dengan persembahan kebudayaan daripada tiga rumpun Orang Asal (Sabah, Sarawak dan Semenanjung) dengan pakaian tradisi masing-masing," kata penyelaras sambutan HOAS 2010, Jenita Engi.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, turut dipamerkan ialah senjata memburu oleh Orang Asal.

"Orang awam dijemput untuk sama memeriahkan sambutan tersebut dengan mengunjungi pelbagai gerai barangan kraftangan dan juga jualan yang berkaitan dengan kehidupan Orang Asal.

Turut diadakan, tambahnya, ialah seminar perkongsian bagi masyarakat Orang Asal mengenai sejarah perjuangan untuk menuntut hak mereka.

Kes bunuh separuh rentung dengan kesan tetakan


Mayat separuh rentung ditemui


MAYAT lelaki dijumpai dalam keadaan tertiarap berhampiran Taman Bukit Katil Damai, Melaka dibawa keluar oleh anggota polis untuk dibedah siasat, semalam.










MELAKA 4 Ogos - Seorang penyelia kebun terkejut apabila menemui mayat lelaki separuh rentung ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya berhampiran Taman Bukit Katil Damai, di sini hari ini.
Semasa ditemui pada pukul 10.30 pagi, mangsa yang berusia 20-an hanya memakai baju berwarna hitam.
Menurut penyelia itu, Ho Chin Chong, 42, dia sedang menuju ke arah kebun pisang apabila tiba-tiba ternampak 'objek' mencurigakan.
"Saya rasa tidak sedap hati dan mengambil keputusan menghampiri objek tersebut. Sebaik sahaja sampai saya terkejut melihat mayat itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Katanya, dia terus menghubungi majikannya dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata,
siasatan awal percaya mangsa keturunan India dan berusia 20-an hingga awal 30-an.
"Sebahagian badan mangsa daripada bahagian pusat ke bawah terbakar dan terdapat beberapa kesan tetakan di bahagian kepala," katanya.
Beliau menambah, mangsa dipercayai dibunuh terlebih dahulu sebelum dibakar.
Menurutnya, motif pembunuhan itu dan masa sebenar mangsa dibunuh masih dalam siasatan.
Katanya, tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mangsa dan beliau berharap mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Cif Inspektor Lee Chien Sien di talian 06-2842222.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

-utusan




boleh la kita buka sekolah membunuh pulak lepas ni

Lagi Pusat urut dengan warga asing digempur

Pusat urut digempur, sembilan warga Thailand ditahan


SEBAHAGIAN wanita warga Thailand yang ditahan anggota polis Cawangan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Negeri Sembilan di Taman Cattleya, Senawang, semalam.


RASAH 4 Ogos - Seramai sembilan wanita warga asing yang bekerja sebagai tukang urut ditahan dalam satu serbuan di Taman Cattleya, Senawang di sini malam tadi.
Semua mereka yang berusia antara 29 hingga 53 tahun ditahan dalam serbuan yang dijalankan dua pegawai dan enam anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri pada pukul 9.30 malam.
Ketua Operasi D7 negeri, Cif Inspektor Raidah Abiddin berkata, terdapat tujuh pelanggan lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 50 tahun sedang mendapatkan perkhidmatan urut ketika pihaknya menyerbu premis itu.
"Berdasarkan siasatan yang kita peroleh, pusat urut itu telah sebulan beroperasi dan mengenakan bayaran RM37 sejam untuk khidmat urutan badan.
"Kita turut merampas wang tunai berjumlah RM2,035 dan dua botol minyak urut," katanya selepas mengetuai operasi itu malam tadi.
Raidah memberitahu, turut ditahan ialah seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun yang dipercayai menjadi pelindung kepada tukang urut dan juga premis berkenaan.
Kata beliau, kesemua wanita ini mempunyai dokumen perjalanan yang sah, tetapi mereka telah menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja di pusat ini.
Beliau berkata, kesemua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban mengikut Seksyen 56 (1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melanggar syarat kemasukan.


-utusan








makin menjadi2 menunjukkan banyak permintaan..

Lan Kristal dah jadi ayah

Lan Kristal Bergelar Bapa



Tahniah diucapkan kepada vokalis kumpulan Kristal, Lan yang telah bergelar bapa pada 2 Ogos yang lalu. Isteri Lan, Nur Sheila Hassim telah selamat melahirkan bayi perempuan tepat pada jam 10.56 malam di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Bayi comel seberat 2.95kg itu diberi nama Nur Amna Qaleesya binti Mohd Razlan. Berita gembira ini turut dikongsikan Lan di laman Facebook-nya.

"ALhamduLiLLah.. SheiLa RazLan / Ain telah selamat melahirkan seorang puteri yg bernama NUR AMNA QALEESYA BINTI MOHD RAZLAN pd jam 10:56pm , 2 Ogos 2010 , seberat 2.95kg di PUSAT PERUBATAN NALURI , Wangsa Maju KL. TQ kpd semua yg menDOAkan.."

Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof telah mendirikan rumahtangga dengan Sheila pada 5 Disember tahun lepas. Semoga dengan kehadiran Qaleesya akan mengeratkan lagi ikatan perkahwinan mereka berdua.
-gua.com.my



Tahniah kepada Lan..

sekolah hamil di peringkat nasional?

Puteri Umno mahu sekolah hamil di peringkat nasional


Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata konsep sekolah khas untuk pelajar hamil yang dicadangkan oleh kerajaan Melaka harus dipertimbangkan untuk dilaksanakan di peringkat kebangsaan. Beliau berkata, remaja seperti ini seharusnya diberi peluang kedua supaya negara tidak kehilangan generasi yang berpotensi untuk menjadi berguna dan menyumbang kepada pembangunan negara nanti. "Kita harus terbuka kepada hal ini, ada berlaku gejala sosial seperti ini dan salah satu usaha kita dalam memberi ruang kepada mereka, ialah mewujudkan institusi yang tersendiri supaya mereka boleh meneruskan pembelajaran. "Mereka ini masih boleh kita didik dan berikan pendedahan supaya mereka menjadi satu golongan yang boleh menyumbang kembali kepada negara. Kita seharusnya ambil cadangan Melaka ini dan diadaptasi di peringkat nasional supaya setiap negeri ada sekolah (sedemikian),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ihya Ramadan dan penyerahan wang zakat serta penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau bagi kawasan Parlimen Papar di Papar hari ini. - Bernama



membantu sangat ke sekolah hamil ni?cadangan ali rustam dah ditolak

Guru Berpolitik Bakal Lahir Pemimpin Berkaliber

Guru Berpolitik Bakal Lahir Pemimpin Berkaliber - Mustapa
KOTA BAHARU, 1 Ogos (Bernama) -- Keputusan kerajaan membenarkan Pegawai Pendidikan Perkhidmatan Siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik bakal melahirkan pemimpin berkaliber untuk negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata "suara guru" dalam iklim politik negara sangat diperlukan kerana mereka sangat diterima masyarakat dan langkah itu sebenarnya memberikan kesan positif kepada negara.

"Ia bakal melahirkan politik kepimpinan dan keputusan kerajaan ini telah memberikan kesan yang sangat positif ketika kita ketandusan pemimpin berkaliber, berintegriti, dihormati dan disegani," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pameran Karya Seni Visual STPM dan Program Usahawan Sosial untuk Pembangunan Ekonomi (SEED) di Universiti Malaysia Kelantan pada hari Ahad.

Mustapa yang juga pengerusi perhubungan Umno negeri berkata demikian ketika mengulas pengumuman kerajaan baru-baru ini mengenai pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang membenarkan Pegawai Pendidikan Perkhidmatan Siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik mulai hari ini.

Beliau bagaimanapun menasihati guru terbabit agar mementingkan kerjaya dan tidak menjejaskan prestasi di sekolah kerana jika itu berlaku ia boleh menjejaskan pelajar.

Mustapa juga mengingatkan pembangkang yang mendakwa kononnya keputusan kerajaan itu bagi membolehkan guru berpolitik untuk menyokong kerajaan semata-mata dan bukannya untuk pembangkang.

"Kerajaan putuskan guru boleh berpolitik dan dakwaan pembangkang yang karut marut ini tidak harus berbangkit. Ini tidak berasas dan mereka (pembangkang) tidak patut buat begini," katanya.

Sementara itu Mustapa berkata mana-mana pelajar miskin yang tidak tersenarai sebagai penerima wang ihsan boleh membuat rayuan kepada Jawatankuasa Tabung Wang Ihsan Kelantan.

Katanya dakwaan nama pelajar itu sengaja tidak disenaraikan di peringkat kampung lagi mungkin ada kebenaran tetapi keluarga pelajar itu dinasihat supaya membuat rayuan kepada jawatankuasa terbabit.

"Kita tak nafi ada berlaku mungkin sebab peribadi tetapi kita tidak mahu perkara kecil ini jadi masalah yang diperbesar dan kita minta buatlah rayuan," katanya.

Beliau berkata setakat ini pengagihan wang ihsan itu berjalan dengan lancar dan program pemberiannya akan tetap berjalan semasa Ramadan nanti.

Mengenai program SEED oleh UMK itu, Mustapa berkata ia bakal memberikan manfaat kepada kampung terpilih untuk meningkatkan pendapatan penduduk apabila UMK bersama universiti luar negara akan mencari kaedah penambahbaikan kepada hasil penduduk kampung.

"Mereka akan ke kampung dan membuat kajian bagaimana hasil pendapatan penduduk boleh ditambahbaik lagi dan ini merupakan satu manfaat besar kepada penduduk kampung," katanya.

Program SEED itu adalah kerjasama Pusat Penyelidikan Asia, Universiti Of St Gallen, Switzerland telah memilih beberapa perkampungan di sekitar Pantai Sri Tujuh, Tumpat bagi kajian mereka.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Naib Canselor UMK Datuk Dr Zainai Mohamad dan Pengerusi Bengkel SEED dari Institut Teknologi Bandung, Indonesia Prof Surna Tjahja Djajadiningrat.

-- BERNAMA

Hantar Kenangan Menyambut Kemerdekaan

Rakyat Malaysia Dipelawa Hantar Kenangan Menyambut Kemerdekaan Kepada Arkib Negara

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Rakyat Malaysia dipelawa menghantar koleksi kenangan mereka ketika menyambut kemerdekaan kepada Arkib Negara, melalui Program Penyerahan Koleksi Rakyat Merdeka 1Malaysia.

Ketua Pengarah Arkib Negara Datuk Sidek Jamil berkata lazimnya koleksi di Arkib Negara diperoleh daripada sumber-sumber rasmi kerajaan atau pun daripada tokoh terkemuka.

Bagaimanapun, sempena menyambut hari kemerdekaan tahun ini, Arkib Negara mahu membuat kelainan iaitu dengan mendapatkan koleksi berkaitan kemerdekaan daripada orang ramai yang boleh menyerahkannya sebelum 20 Ogos ini.

"Sesiapa saja boleh memberi sumbangan daripada koleksi mereka dalam menyambut kemerdekaan kepada Arkib Negara," katanya pada sidang akhbar mengenai Program Penyerahan Koleksi Rakyat Merdeka 1Malaysia pada hari Rabu.

Sidek berkata beliau berharap agar dapat memperoleh bahan-bahan berkenaan daripada penduduk setiap negeri di Malaysia kerana ia akan memberi gambaran perbezaan mereka dalam menyambut merdeka.

"Kita minta orang ramai memberi sama ada gambar dokumen atau video kepada Arkib Negara yang menunjukkan sambutan kemerdekaan dari 1957 hingga sekarang, yang lama lagi bagus kerana ia akan memberi gambaran menyeluruh tentang hari kemerdekaan," katanya.

Pemilihan pemenang juga akan dibuat dengan hadiah utama berupa sijil penghargaan dan wang tunai RM750.

Hadiah turut diberi kepada setiap kategori berlainan, antaranya kategori bahan gambar, video dan juga dokumen.

Sidek berkata pemenang akan dipilih berdasarkan kepada nilai yang terdapat pada koleksi mereka, dan sumbangan yang tidak memenangi sebarang kategori akan tetap disimpan dan dipaparkan dalam laman web Arkib Negara.

-- BERNAMA

kematian aziz - Polis: Tiada pihak ke-3 dalam kes Azizk

Polis: Tiada pihak ke-3 dalam kes Aziz


Polis masih belum dapat menentukan motif tembakan dilepaskan dalam kes kematian bekas ADUN Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan seorang pembantunya, kata ketua polis Selangor. Datuk Khalid Abu Bakar (kiri) berkata, buat masa ini pihaknya perlu memberi masa kepada keluarga allahyarham untuk memberikan kerjasama dalam menyiasat motif kes tersebut. "Kita perlu memberi masa kepada ahli keluarga kerana mereka masih dalam kesedihan atas apa yang berlaku. "Apabila keadaan sesuai nanti kita akan dapatkan kerjasama ahli-ahli keluarga, dalam kita menyiasat motif ini," katanya. Semalam, Abdul Aziz, 64, dan seorang pembantunya, Siti Rohana Ismat ditemui mati dengan kesan tembakan dalam kenderaan ketika sedang memandu di Sungai Buloh. Sepucuk pistol dilaporkan ditemui di tempat kejadian. Kes tersebut disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Menulis dalam laman Facebook beliau awal petang ini, Khalid berkata polis bagaimanapun telah menemubual saksi-saksi lain yang berkaitan. "Beberapa kenyataan telah dirakam, kebanyakknnya daripada mereka yang berada/sampai di tempat kejadian, sewaktu kejadian," katanya lagi. Dalam perkembangan berkaitan, Bernama lewat petang ini melaporkan polis yakin tiada pihak ketiga terlibat dalam kes kematian Aziz Mohd Noh bersama bekas pembantu peribadinya semalam. Khalid dilaporkan berkata siasatan pihaknya hanya menjurus kepada mengetahui motif sebenar tembakan dilepaskan (terhadap mangsa). Ditanya mengenai desas desus yang menyatakan bahawa kedua-dua mangsa mempunyai ikatan perkahwinan, Khalid berkata: "Saya tidak mahu komen apa-apa tentang itu, biar kita siasat dulu. "Kita kena hormati ahli keluarga dan jangan buat apa-apa spekulasi. Perkara yang mungkin membabitkan peribadi kita tidak akan sentuh," beliau dipetik sebagai berkata.

-malaysiakini




p/s :status perkahwinan rasanya boleh check dgn jakim

dihukum mati edar syabu

Lelaki dihukum mati edar syabu








AFANDI dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana mengedar syabu.



KOTA BHARU – Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis syabu seberat 41.43 gram di sebuah restoran nasi ulam di sini empat tahun lalu.
Hakim, Mohd. Zaidi Ibrahim menjatuhkan hukuman tersebut selepas pihak pendakwa berjaya membuktikan keraguan yang melampaui munasabah terhadap tertuduh, Mohd. Afandi Abu Bakar, 41.
Tertuduh yang masih bujang dan berasal dari Kampung Batu 10, Rantau Panjang dalam keterangan pembelaannya gagal membuktikan dirinya mengalami penyakit mental atau dikenali skizofrenia semasa dia melakukan kesalahan itu.
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design