Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg
Memaparkan catatan dengan label Kemalangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemalangan. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 25, 2010

Dua sahabat maut bertembung lori

Kosmo - 2 rakan mati dirempuh lori
KUALA SELANGOR: Dua sahabat baik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 38, Jalan Kuala Selangor-Meru, Puncak Alam, dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, penunggang, Amin Syahideen Tazhar, 16, dan pembonceng, Mohammad Shahrul Hafiz Azmi, 17, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Jumaat, Ogos 20, 2010

mencipta kemalangan untuk melarikan kenderaan

Kosmo -Cipta kemalangan larikan kereta

NAJIB (kanan) bersama pegawainya melihat kereta Proton Saga BLM yang ditinggalkan penjenayah selepas mencurinya di Lahad, Ipoh kelmarin.


BATU GAJAH - Taktik seorang lelaki yang mencipta kemalangan untuk melarikan kenderaan yang dinaiki mangsanya dapat memperdaya dua wanita dalam kejadian di dua lokasi dalam tempoh enam jam di Ipoh dan Batu Gajah kelmarin.
Kejadian pertama berlaku pukul 4 petang apabila kereta jenis Proton Saga BLM milik seorang juruteknik wanita berusia 51 tahun dilarikan suspek yang menaiki sebuah motosikal yang dicuri di Tapah sehari sebelum itu.

Selasa, Ogos 17, 2010

hilang 4 keluarga di pusingan U

kosmo -Pusingan U ragut empat nyawa

PROTON Wira yang dirempuh van Toyota di Kilometer 22, Jalan Seremban-Simpang Pertang, Jelebu kelmarin.

JELEBU – Hilang isteri, hilang tiga anak serentak. Demikian harga yang dibayar oleh seorang suami apabila kereta Proton Wira dipandunya tiba-tiba membuat pusingan U sebelum kereta itu dirempuh sebuah van Toyota di Kilometer 22, Jalan Seremban-Simpang Pertang malam kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 9 malam, empat beranak yang terkorban ialah Hazilawati Abdul Halim, 34, dan tiga anaknya iaitu Khairunisa Afiqah Khairul Affendy, 7, Khairul Afiq, 5, serta Khairul Aiqal, 1.

kemalangan bot cederakan 2 pelancong

Bernama - 2 pelancong cedera kemalangan bot

KUALA TERENGGANU - Sepasang pelancong dari Norway cedera dalam satu kemalangan bot di perairan Pulau Perhentian, petang semalam.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II Negeri Supt K. Manoharan hari ini berkata, dalam kemalangan pukul 6.15 petang itu Steiro Kelly, 29, seorang jurutera cedera ringan manakala isterinya Tina Mariann Steiro, 30 seorang guru, patah tulang selangkanya.

Jumaat, Ogos 06, 2010

hilang tiga anak dalam kemalangan


 kosmo-Ibu hilang tiga anak serentak
Gambar kenangan Rosiah bersama tiga anaknya, dari kiri Fatin Atikah, Fatin Atifah dan dua dari kanan Mohd. Faiz Danial.




MARAN - "Hancur luluh hati saya sebaik sampai di tempat kejadian, ketiga-tiga anak saya sudah tidak bernyawa."
Demikian luahan Rosiah Mohamad Ismail, 35, yang kehilangan ketiga-ketiga orang anaknya serentak dalam kemalangan di Jalan Temerloh-Bandar Jengka di sini kelmarin.
Menurut wanita itu, semasa tragedi itu, anak sulungnya iaitu Fatin Atikah, 16, adiknya, Fatin Atifah, 15, dan paling bongsu, Mohd. Faiz Danial, 6, menaiki kereta Perodua Kancil bersama dua lagi rakan mereka, Mohamad Azlan Abdul Talib, 21, dan Shawal Ruddin Hambali, 19.
Kereta Kancil itu kemudian bertembung dengan sebuah kereta BMW.
Ketiga-tiga orang anaknya itu adalah hasil perkahwinannya dengan bekas suami Muhamad Faizal Yusof, 37. Mereka baru bercerai kira-kira tiga bulan lalu.
Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah Mohamad Azlan.
Menurut Rosiah, semasa tragedi itu, kelima-lima mangsa dalam perjalanan pulang dari Temerloh sebelum mereka singgah di Felda Jengka 14 membeli nasi ayam untuk makan malam di rumah di Bandar Jengka.
Rosiah memberitahu, sebaik menerima berita kemalangan itu, dia yang terkejut terus bergegas ke tempat kejadian untuk melihat anak-anaknya.
Bagaimanapun, kata Rosiah, sebaik sampai di tempat kejadian, ketiga-tiga anaknya itu sudah tidak bernyawa.
"Ini adalah dugaan paling hebat apabila dalam hidup saya kehilangan tiga anak serentak," kata Rosiah ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Jengka (HJ) malam kelmarin.
Dia yang merupakan pengusaha salon kecantikan di Bandar Jengka berkata, tiga orang anaknya itu sangat baik dan hidup berdikari terutama selepas dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan bekas suaminya akibat perselisihan faham.
Sementara itu, bekas suami Rosiah, Muhamad Faizal berkata, dia amat terkejut dengan musibah menimpa ketiga-tiga orang anaknya kerana sebelum ini dia kerap berpesan kepada bekas isterinya supaya tidak membenarkan mereka memandu kereta.
"Pada hari kejadian, saya berasa gelisah sepanjang hari ketika berada di dalam bilik sewa di Kuala Lumpur.
"Mungkin itu petanda sesuatu yang buruk menimpa ahli keluarga saya di Pahang," katanya yang kini bekerja di Kuala Lumpur.

Khamis, Ogos 05, 2010

kematian aziz - Polis: Tiada pihak ke-3 dalam kes Azizk

Polis: Tiada pihak ke-3 dalam kes Aziz


Polis masih belum dapat menentukan motif tembakan dilepaskan dalam kes kematian bekas ADUN Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan seorang pembantunya, kata ketua polis Selangor. Datuk Khalid Abu Bakar (kiri) berkata, buat masa ini pihaknya perlu memberi masa kepada keluarga allahyarham untuk memberikan kerjasama dalam menyiasat motif kes tersebut. "Kita perlu memberi masa kepada ahli keluarga kerana mereka masih dalam kesedihan atas apa yang berlaku. "Apabila keadaan sesuai nanti kita akan dapatkan kerjasama ahli-ahli keluarga, dalam kita menyiasat motif ini," katanya. Semalam, Abdul Aziz, 64, dan seorang pembantunya, Siti Rohana Ismat ditemui mati dengan kesan tembakan dalam kenderaan ketika sedang memandu di Sungai Buloh. Sepucuk pistol dilaporkan ditemui di tempat kejadian. Kes tersebut disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Menulis dalam laman Facebook beliau awal petang ini, Khalid berkata polis bagaimanapun telah menemubual saksi-saksi lain yang berkaitan. "Beberapa kenyataan telah dirakam, kebanyakknnya daripada mereka yang berada/sampai di tempat kejadian, sewaktu kejadian," katanya lagi. Dalam perkembangan berkaitan, Bernama lewat petang ini melaporkan polis yakin tiada pihak ketiga terlibat dalam kes kematian Aziz Mohd Noh bersama bekas pembantu peribadinya semalam. Khalid dilaporkan berkata siasatan pihaknya hanya menjurus kepada mengetahui motif sebenar tembakan dilepaskan (terhadap mangsa). Ditanya mengenai desas desus yang menyatakan bahawa kedua-dua mangsa mempunyai ikatan perkahwinan, Khalid berkata: "Saya tidak mahu komen apa-apa tentang itu, biar kita siasat dulu. "Kita kena hormati ahli keluarga dan jangan buat apa-apa spekulasi. Perkara yang mungkin membabitkan peribadi kita tidak akan sentuh," beliau dipetik sebagai berkata.

-malaysiakini




p/s :status perkahwinan rasanya boleh check dgn jakim

Selasa, Ogos 03, 2010

maut dalam perjalanan ke hospital

Wanita maut sebelum sempat bersalin



BEGINILAH keadaan kereta Proton Wira yang dinaiki Azian bersama suami dan anaknya selepas terlibat dalam kemalangan di Tampin semalam.


TAMPIN - Hasrat seorang wanita untuk melahirkan anak kelimanya di Hospital Tentera Darat (HTD), Kem Syed Sirajuddin Gemas tidak kesampaian apabila dia maut selepas kereta Proton Wira yang dinaiki terlibat dalam kemalangan sebelum dia sempat sampai di hospital itu.

Sabtu, Mei 29, 2010

Dua meraung di selekoh hantu


KUALA LUMPUR: Dua sahabat karib mampu meraung kesakitan selepas tersepit sebaik kereta dinaiki melanggar bukit berhampiran kawasan hutan simpan yang terkenal dengan jolokan ‘selekoh hantu’.

CEMAS..anggota bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan dua mangsa yang cedera parah selepas kereta dinaiki merempuh bukit berhampiran Jalan Batang Kali - Genting Highlands.

CEMAS..anggota bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan dua mangsa yang cedera parah selepas kereta dinaiki merempuh bukit berhampiran Jalan Batang Kali - Genting Highlands.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi semalam, kedua-dua mangsa menaiki Proton Saga mampu berdoa diselamatkan orang ramai selepas mangsa tersepit dan gagal keluar dari kenderaan remuk separuh bahagian.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan turun dari pusat peranginan Genting Highlands sebelum kereta dinaiki terbabas melanggar bukit sebelum menjunam ke dalam longkang berhampiran Kilometer 18, Jalan Batang Kali - Genting Highlands.

Saksi kejadian, Shukor Hashim berkata, mangsa bernasib baik berikutan kawasan jalan sunyi terbabit dilalui kenderaan lain yang menyedari kejadian kemalangan itu.Menurutnya, mangsa ketika itu cedera parah di kedua-dua bahagian kaki apabila kaki mereka tersepit, selain muka mangsa cedera akibat terkena serpihan cermin hadapan kenderaan pecah.

“Mangsa ketika itu mampu meraung kesakitan dengan keadaan muka berdarah akibat kemalangan berkenaan. Saya sempat memberi bantuan awal dan meredakan keadaan mereka sementara menanti bantuan kecemasan.Pada masa sama, anggota polis bantuan Genting Highlands membantu mangsa tersepit.

“Tidak berapa lama kemudian, dua jentera bomba dari Balai Bomba dan penyelamat Kuala Kubu Bahru dan Genting Highlands tiba di lokasi kejadian membantu mengeluarkan mangsa,” katanya.Menurutnya, anggota bomba yang menilai keadaan mangsa mendapati bahagian hadapan kereta remuk menyebabkan kaki mangsa terperosok dan gagal ditarik keluar.

“Berikutan itu anggota bomba dan penyelamat menggunakan alat pemotong hidrolik untuk memotong pintu kereta dan bahagian hadapan enjin kenderaan. Usaha terbabit dilakukan berhati-hati dan mengambil masa 15 minit untuk dikeluarkan.“Ketika itu, seorang mangsa tidak sedarkan diri, manakala pemandu kereta merintih kesakitan. Kedua-dua mangsa dikeluarkan jam 4.15 pagi Mereka dihantar menaiki ambulans ke Hospital Kuala Kubu Baru,’ katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 28 dan 29 tahun patah kedua belah kaki dan dilaporkan stabil.-kosmo
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design