Tajuk Berita Terbaru

Selasa, Ogos 17, 2010

kemalangan bot cederakan 2 pelancong

Bernama - 2 pelancong cedera kemalangan bot

KUALA TERENGGANU - Sepasang pelancong dari Norway cedera dalam satu kemalangan bot di perairan Pulau Perhentian, petang semalam.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II Negeri Supt K. Manoharan hari ini berkata, dalam kemalangan pukul 6.15 petang itu Steiro Kelly, 29, seorang jurutera cedera ringan manakala isterinya Tina Mariann Steiro, 30 seorang guru, patah tulang selangkanya.

Wanita itu masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini manakala suaminya telah dibenar keluar dari hospital, hari ini, katanya kepada pemberita di sini.
Manoharan berkata, kejadian berlaku ketika kedua-duanya yang menaiki bot laju bersaiz kecil, yang dipandu seorang lelaki tempatan, baru balik dari aktiviti menyelam di Pulau Perhentian Besar.
"Ketika tiba di tempat kejadian, sebuah bot yang membawa barang yang agak besar bertembung dengan bot yang membawa pelancong dari Norway itu,” katanya. -
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design