Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg

Selasa, Ogos 03, 2010

batalkan pertuduhan liwat,wujud hubungan sulit antara Timbalan Pendakwa Raya

Anwar mohon kes liwat digugur


KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini semalam untuk membatalkan pertuduhan liwat terhadapnya berikutan dakwaan wujud hubungan sulit antara Timbalan Pendakwa Raya kes itu, Farah Azlina Latif dengan saksi utama, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan turut menyalahkan Peguam Cara Kanan 11, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden atas hubungan romantis pasangan tersebut manakala integriti dan keadilan seluruh pasukan pendakwaan turut dipersoalkan.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersetuju supaya perbicaraan kes itu ditangguhkan kepada 9 Ogos depan bagi memberi peluang kepada pihak pendakwaan meneliti afidavit permohonan terlebih dahulu sebelum kedua-dua belah pihak berhujah pada tarikh berkenaan.
Terdahulu, peguam Karpal Singh yang mengetuai pembelaan memberitahu, pihaknya telah memfailkan notis usul pagi semalam bagi membatalkan pertuduhan liwat tersebut susulan daripada wujud dakwaan hubungan sulit antara Farah dengan Saiful sepanjang perbicaraan berlangsung.
“Farah selaku sebahagian daripada barisan pendakwaan sudah semestinya mempunyai pengetahuan mengenai kertas- kertas siasatan kes ini termasuk keterangan Anwar,” kata Karpal.
Bagaimanapun, Mohd. Yusof membantah dengan menganggap dakwaan Karpal itu sebagai tuduhan tidak berasas tanpa sebarang bukti.
Mohamad Zabidin ketika membenarkan penangguhan perbicaraan berkata, demi mengelakkan perbicaraan menjadi sia-sia maka mahkamah bersetuju untuk mendengar permohonan itu terlebih dahulu.


-kosmo




kenapa baru tau wujud hubungan sulit????
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design