Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg
Memaparkan catatan dengan label PKR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PKR. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 03, 2010

PKR pun ada 'UTUSAN'

PKR pula terbit 'Utusan'

Akhbar PKR yang diterbitkan secara tidak berkala kali ini muncul dengan judul Utusan Keadilan untuk edisi keempatnya setelah permit penerbitan mingguan Suara Keadilan digantung awal Julai lalu.

Utusan Keadilan terbitan angkatan muda PKR itu mula diedarkan sejak semalam ke seluruh negara, khususnya untuk ahli parti, lapor laman web Suara Keadilan hari ini.

"Akhbar terbitkan secara tidak berkala ini akan terus dikeluarkan sehingga KDN memberikan kelulusan permit bagi menerbit dan mencetak lidah rasmi PKR, Suara Keadilan," laporan tersebut dipetik.

Edisi tidak berkala akhbar PKR dimulakan dengan Kedilan pada 12 Julai, Obor Keadilan (19 Julai) dan Sinar Keadilan (26 Julai) apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan.

Menurut laporan itu lagi, edisi terbaru ini memuatkan antara lainnya satu laporan yang menggariskan "tujuh ciri utama pemerintahan fasis atau kuku besi yang dikaitkan dengan dengan pentadbitan Pedana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sentuh FDI, CNN, RM50,000 liputan akhbar di AS

"Artikel yang menghiasi muka depan akhbar ini membincangkan bagaimana pemerintahan ala fasis Umno-Barisan Nasional mencengkam media massa dan mempromosikan semangat kebangsaan atau patriotisme yang menjurus kepada perkauman dalam tindakan yang terdesak untuk mengekal tampuk kekuasaan," laporan tersebut dipetik.

Selain itu, akhbar itu juga melaporkan mengenai isu pelaburan langsung asing (FDI) bertajuk 'Rakyat Terpedaya.... Najib Dakwa Ekonomi Pulih, Kadar Pelaburan Asing Terperosok 81 Peratus'.

"Tajuk ini mendedahkan secara terperinci laporan terbaru Laporan Perdagangan Dunia 2010 olehh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang menyatakan kadar kemasukan pelaburan langsung asing ke Malaysia merudum sehingga 81 peratus tahun lalu, sekali gus membuktikan keampuhan kedudukan ekonomi yang sebenar di Malaysia.

Menurut laporan itu lagi, Utusan Keadilan memuatkan di muka belakangnya penjelasan kepada dakwaan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membayar agensi media antarabangsa CNN bagi menemuramahnya.

Akhbar setebal 24 halaman itu juga menyentuh perbelanjaan RM50,000 oleh Najib bagi mendapatkan liputan akhbar dalam lawatannya ke Amerika Syarikat pada April.

"Utusan Keadilan juga memuatkan laporan di muka belakang mengenai rekod hak asasi manusia di Malaysia yang semakin buruk di bawah pentadbiran Najib seperti mana yang disebut di dalam Laporan Hak Asasi Manusia 2009 oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram)," demikian menurut laporan itu lagi.

batalkan pertuduhan liwat,wujud hubungan sulit antara Timbalan Pendakwa Raya

Anwar mohon kes liwat digugur


KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini semalam untuk membatalkan pertuduhan liwat terhadapnya berikutan dakwaan wujud hubungan sulit antara Timbalan Pendakwa Raya kes itu, Farah Azlina Latif dengan saksi utama, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan turut menyalahkan Peguam Cara Kanan 11, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden atas hubungan romantis pasangan tersebut manakala integriti dan keadilan seluruh pasukan pendakwaan turut dipersoalkan.

Khamis, Mei 20, 2010

Timbalan presiden PKR saman Utusan RM10 juta


Timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali hari ini memfailkan saman RM10 juta terhadap Utusan Melayu di MahkamathTinggi Kuala Lumpur.

Syed Husin, yang baru-baru ini dilantik sebagai senator oleh kerajaan negeri Selangor juga menamakan, pengarang akhbar milik Umno itu, Mohd Hassan Mohd Noor dan bekas pemimpin PKR Zamil Ibrahim sebagai defendan.

Dalam kenyataannya, Syed Husin mendakwa artikel pada 6 Mac, Utusan Malaysia yang berjudul 'RM500,000: Syed Husin dicabar lapor polis' adalah berunsur fitnah.

Artikel berkenaan yang dipetik berdasarkan sebuah blog mendakwa Syed Hussein telah dibeli oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dibayar RM500,000 bagi membubarkan Parti Rakyat Malaysia, yang mana beliau adalah presiden dan kemudiannya menyertai PKR.

Syed Husin mendakwa Zamil pada atau sebelum 6 Mac berckap kepada seorang wartawan Utusan Malaysia, dan artikel berkenaan membayangkan timbalan presiden PKR itu bersalah dengan kegiatan rasuah.

Beliau juga mendakwa artikel berkenaan membawa maksud bahawa dia telah melakukan kesalahan jenayah yang membawa kepada hukuman penjara.

Artikel itu juga dikata mengambarkan seolah-olah Syed Husin seorang hiprokit dan tidak layak menjadi ahli politik, menikam rakan-rakan parti, tidak berprinsip dan tidak layat memegang jawatan timbalan presiden PKR.

Dia juga mendakwa penerbitan artikel itu telah memburukkan nama baik, kredit dan reputasinya. -malaysiakini-
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design