Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg

Selasa, Ogos 03, 2010

mayat digari di Batu 12 puchong

Mayat bergari ditemui di Puchong
Mayat seorang lelaki dalam lingkungan 30an ditemui dengan kedua belah tangannya digari di Batu 12, Sungai Klang, Puchong, dekat Kuala Lumpur malam ini.

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak Elias berkata mayat lelaki yang dipercayai warga tempatan itu ditemui terdampar di tepi sungai berkenaan oleh seorang pemancing kira-kira pukul 7.30 malam.

"Mayat itu ditemui dalam keadaan kedua-dua tangannya digari ke bahagian belakang.

"Pemeriksaan mendapati mayat itu yang dijumpai berbaju t-shirt dan berseluar jeans cedera di bahagian kepala serta belakang leher dan tangan kiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan mereka yang kehilangan anggota keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk membantu mengenal pasti identiti lelaki tersebut.

--Bernama
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design