Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg

Khamis, Mei 27, 2010

AirAsia bagi Tiket Percuma



Promosi Airasia kembali lagi ..

Mulai 18 Mei 2010 hingga 23 Mei 2010, Airasia akan menawarkan 1.000.000 Tempat Duduk Percuma untuk setiap Destinasi .. Anda hanya perlu membayar cukai dan kos admin...

Tempoh perjalanan dari 3 Januari 2011 untuk 8 Mei 2011 ..

Jadi lebih baik anda rancang bercuti tahun depan...

Airasia juga memberikan beberapa tips tentang cara untuk membeli tiket percuma
di pautan ini -http://blog.airasia.com/index.php/free-seat-101

Selasa, Mei 25, 2010

Rakaman Dr Asri ditahan JAIS

kompaun pesalah trafik : Dua persatuan pengguna bantah


KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan langkah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mahu mengenakan kompaun minimum RM300 kepada pesalah yang liat menjelaskan kompaun dalam tempoh tertentu sebagai keterlaluan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, cadangan tersebut hanya sesuai dikenakan kepada pesalah trafik berulang dan bukan ke atas mereka yang melakukan kesalahan kali pertama.
"Dalam suasana ekonomi sekarang, janganlah kita bertindak terlalu kasar dan ganas dalam melaksanakan undang-undang, lebih-lebih lagi hal ini akan menyakitkan hati rakyat," katanya.

Sabtu, Mei 22, 2010

Perangi Judi Haram Habis-Habisan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memerangi habis-habisan mereka yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjalankan perjudian haram membabitkan wang pertaruhan sempena Piala Dunia yang akan berlangsung awal bulan depan di Afrika Selatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pasukan khas akan memantau kegiatan seumpama itu. "Memang sudah ada pasukan khas ini...cuma kejayaan atau kes yang dilaporkan tidak akan didedahkan kepada media supaya tidak menganggu siasatan kerana ianya berterusan. "Sememangnya setiap kali Piala Dunia kita akan gerakkan anggota untuk mengesan mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Katanya, PDRM telah mengesan suspek dan lokasi perjudian, namun beliau enggan mengulas lanjut. Beliau berkata, walaupun kerajaan telah mengeluarkan lesen bagi membenarkan judi secara sah dilakukan, namun Bakri berkata pasti akan ada sindiket-sindiket yang masih berdegil dengan menganjurkan pertaruhan tidak sah bagi mengaut keuntungan.

"Mereka yang didapati bersalah ini sama ada pemain atau penganjur akan dibawa ke muka pengadilan," katanya yang enggan mendedahkan jumlah mereka yang pernah ditahan selama ini. Beliau berkata, modus operandi bagi pertaruhan Piala Dunia ialah mereka akan mencari jaringan perjudian sama ada melalui rakan-rakan mereka atau laman web yang menawarkan akses kepada mereka untuk berjudi.

Menurutnya, keputusan sesuatu perlawanan akan menentukan nasib pertaruhan mereka sama ada berjaya atau sebaliknya dan mereka akan kembali bertaruh untuk perlawanan seterusnya sehinggalah tamat Piala Dunia. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan judi bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010. - BERNAMA

ade jgak judi halal/haram ye...

Cup Prix 2010 : ROZALIMAN TUBUH PASUKAN SENDIRI


MEMANG tidak asing lagi menjelang musim baru terdapat ramai pelumba berhijrah ke pasukan lain namun jarang berlaku apabila pelumba menubuhkan pasukan sendiri seperti apa yang dilakukan Mohd Rozaliman Zakaria bagi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2010. Menubuhkan sesebuah pasukan bukan perkara mudah, apatah lagi jika anda tidak mengetahui selok belok mengenainya. Menariknya, seseorang pengurus pasukan pada hari ini mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun namun Rozaliman yang hanya berusia 19 tahun telahpun mendirikan sebuah pasukan. Selain cekal menguruskan pasukan, dia berjaya mendapat keputusan positif pada penampilan pertama apabila meraih tempat ketujuh daripada 20 pelumba yang bersaing dalam kategori CP115 musim ini. Pada perlumbaan kedua, dia tidak beraksi di Kluang kerana deman campak manakala di Batu Kawan minggu lepas pula, Rozaliman tidak layak ke perlumbaan akhir apabila gagal menamatkan perlumbaan saringan akibat terbabas di pusingan kedua. Bagaimanapun, laluannya selepas ini tidak semudah yang disangka. Dia dan anggota krew perlu berdepan dengan pelbagai cabaran dari mula hingga penghabisan. Ikutilah kisahnya.

Piala Thomas 2010: Pemain negara salahkan media


ENTAH mana silapnya, tiba-tiba pihak media dikatakan menjadi punca skuad badminton negara gagal mencipta keputusan baik pada kempen Piala Thomas yang berakhir Ahad lalu.

Itu antara maklum balas yang diterima oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Nadzmi Salleh ketika beliau bertemu barisan pemain negara bagi mendapatkan penjelasan mengenai kegagalan Malaysia pada kempen kali ini.

"Ada pemain yang memaklumkan bahawa pihak media turut memberi tekanan kepada mereka," kata Nadzmi pada sidang media di Kuala Lumpur semalam.

"Mereka berharap agar pihak media tidak terlalu kerap bertemu pemain. Mereka juga tertekan sele- pas membaca berita mengenai mereka di akhbar setiap hari."

Nazmi turut mendedahkan, ada antara pemain yang mengakui tidak memiliki kekuatan mental yang tinggi berbanding pemain dari pasukan-pasukan lain.

"Selepas mendapat pandangan daripada semua pemain, saya dapat rumuskan bahawa kelemahan mental sebagai punca utama kegagalan skuad Piala Thomas tahun ini," tambah Nadzmi.

Antara alasan lain termasuklah kem motivasi yang diadakan selama tiga hari di Port Dickson, Negeri Sembilan terlalu hampir dengan kejohanan sebenar sehingga tidak begitu memberi impak kepada mereka.

Skuad Piala Thomas negara yang diketuai oleh Datuk Lee Chong Wei memulakan kempen kali ini dengan kemenangan percuma 5-0 ke atas Nigeria tetapi tewas 2-3 kepada Jepun dalam aksi peringkat kumpulan.

Barisan pemain negara kembali bangkit apabila menewaskan Denmark 3-2 pada peringkat suku akhir sebelum misi mereka berakhir apabila tewas 0-3 kepada China pada saingan separuh akhir.

Dua premis urut gay diserbu polis



SEBAHAGIAN daripada pekerja dan pelanggan di dua buah pusat urut gay di Taman Miharja, Kuala Lumpur yang ditahan kelmarin.

KUALA LUMPUR - Taktik dua premis urut golongan gay yang menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu kaca berkod untuk mengelakkan kegiatan mereka dihidu terbongkar apabila ia diserbu di Jalan 4/93, Taman Miharja di sini kelmarin.

Difahamkan, sebelum ini, kedua-dua premis yang beroperasi tanpa lesen sejak lima tahun lalu itu telah tiga kali diserbu.

Pegawai Turus Cawangan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, dalam serbuan di premis pertama pada pukul 9.30 malam, polis menahan seorang pemilik premis itu, 18 pelanggan lelaki termasuk seorang yang berpakaian wanita serta 21 pekerja.

Menurut beliau, siasatan mendapati pekerja di situ akan melakukan urutan di seluruh badan termasuk alat sulit pelanggan dan dipercayai akan melakukan seks luar tabii jika diminta pelanggan berdasarkan penemuan beberapa kondom yang telah digunakan di situ.

"Kita berjaya menahan lapan pekerja iaitu seorang warga China, dua Thailand, tiga Myanmar, seorang Iran, seorang India dan lima pelanggan dalam serbuan di premis pertama.

"Dalam serbuan di premis kedua pula, polis menahan seorang pemilik, 13 lelaki pekerja asing iaitu Indonesia dan Thailand serta 13 pelanggan lelaki," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Ragut: penganggur dipenjara empat tahun, tiga sebatan

21/05/2010 4:40pm
KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihukum penjara empat

tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana kesalahanmeragut dan memiliki senjata berbahaya pada Selasa lepas.

Hakim Mohd Nasir Nordin membuat keputusan selepas Hairulnizal Zainal, 28, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

Hairulnizal dari Kajang mengaku meragut beg tangan milik seorang kerani yang mengandungi beg duit berwarna hijau, kad pengenalan, wang tunai RM10, barang-barang peribadi dan lesen memandu mangsa di hadapan bangunan F&N, Cheras pada 7.20 pagi, 18 Mei lepas.

Dia juga mengaku memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah pisau Rambo sepanjang 25 sentimeter di bulatan Sungai Besi, Cheras pada 7.30 pagi pada tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan pertama dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan dan pertuduhan memiliki senjata berbahaya mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan sebatan. - Bernama - kosmo

Ribuan rakyat Pakistan protes Facebook hina Nabi Muhammad

LAHORE - Beribu-ribu rakyat Pakistan dijangka membanjiri jalan-jalan raya hari ini bagi meluahkan kemarahan terhadap Facebook dan Barat berhubung penyebaran karikatur Nabi Muhammad S.A.W yang dianggap mencabul Islam.

Ia berikutan tindakan seorang pengguna Facebook (FB) membuka laman FB dengan menyeru pengguna FB menghantar lukisan Nabi Muhammad.

Laman itu dinamakan sebagai ‘Hari Melukis Gambar Nabi Muhammad’ yang kononnya bertujuan ‘menggalakkan kebebasan bersuara’, yang diilhamkan oleh seorang kartunis Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun tindakan itu menimbulkan reaksi kemarahan hebat di negara Islam tersebut yang dihuni 170 juta penduduk.Islam melarang sebarang lukisan yang menggambarkan Nabi Muhammad S.A.W dan menganggapnya sebagai kufur.

Perselisihan terbaru itu turut membangkitkan perbandingan dengan bantahan-bantahan di seluruh dunia Islam berhubung penerbitan kartun yang menyindir Nabi Muhammad dalam akhbar-akhbar Eropah pada 2006. -AFP - kosmo

Jumaat, Mei 21, 2010

Penggodam jual 1.5 juta akaun Facebook


WASHINGTON: Seorang penggodam Russia bernama Kirllos menawarkan 1.5juta akaun Facebook pada harga rendah, lapor firma komputer VeriSign’siDefense.

Pembeli yang mempunyai kurang ‘10 sahabat’ dalamakaun laman web itu boleh membeli 1,000 akaun pada harga AS$25 (RM85)manakala pemilik lebih 10 sahabat boleh membelinya pada harga AS$45(RM153).

Firma komputer itu menganggarkan Kirllos sudah mencuri satu setiap 300pemilik akaun Facebook. Antara yang ditawarkan termasuk kod laluan. Apayang tidak diketahui ialah sama ada alamat emel atau kod laluan itusahih.

Data firma Symantec pula menyatakan, maklumat itu biasanya dijual padaharga AS$1 (RM3.40) hingga AS$20 (RM68). Sehingga ini, 700,000 akaunsudah dijual.

Semua kesan menunjukkan urusan jual beli akaun berkenaan juga sudah dilenyapkan.

Pengguna yang mendapati alamat emal dan kod laluan mereka digunakanmenghadapi risiko identiti mereka dicuri serta menjadi sasaran penipuanlebih serius.

Awal tahun ini dia menawarkan 100,000 akaun kepada sesiapa yang berminat.

Pendera Siti Hajar dipenjara lapan tahun


SITI HAJAR ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Selepas Yim Pek Ha, kini tiba giliran Hau Yuan Tyng menerima hukuman penjara lapan tahun setelah Mahkamah Se- syen di sini semalam mensabitkan ibu tunggal itu bersalah atas tiga pertuduhan mendera dan mencederakan bekas amahnya, Siti Hajar Sadli tahun lalu.

Hakim S.M Komathy Suppiah turut mengarahkan Yuan Tyng membayar pampasan sebanyak RM5,000 kepada Siti Hajar mengikut Seksyen 426 (b) Kanun Tatacara Jenayah.

Ibu kepada dua orang anak itu dihukum penjara masing-masing empat tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua manakala tertuduh dikenakan hukuman penjara enam bulan bagi pertuduhan ketiga.

Komathy mengarahkan hukuman bagi pertuduhan pertama dan ketiga berjalan serentak dengan hukuman pertuduhan kedua berjalan berasingan dan kesemua hukuman diarah bermula semalam.

Namun mahkamah membenarkan permohonan peguam M. Manoharan yang mewakili Yuan Tyng, 44, supaya kesemua hukuman itu ditangguhkan sehingga rayuan selesai didengar di Mahkamah Tinggi.

Seolah-olah dia sudah menjangka keputusan mahkamah, Yuan Tyng dilihat menerimanya dengan tenang sambil berbual-bual dengan anak dan ahli keluarganya.

Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design