Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg

Sabtu, Mei 22, 2010

Ragut: penganggur dipenjara empat tahun, tiga sebatan

21/05/2010 4:40pm
KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihukum penjara empat

tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana kesalahanmeragut dan memiliki senjata berbahaya pada Selasa lepas.

Hakim Mohd Nasir Nordin membuat keputusan selepas Hairulnizal Zainal, 28, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

Hairulnizal dari Kajang mengaku meragut beg tangan milik seorang kerani yang mengandungi beg duit berwarna hijau, kad pengenalan, wang tunai RM10, barang-barang peribadi dan lesen memandu mangsa di hadapan bangunan F&N, Cheras pada 7.20 pagi, 18 Mei lepas.

Dia juga mengaku memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah pisau Rambo sepanjang 25 sentimeter di bulatan Sungai Besi, Cheras pada 7.30 pagi pada tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan pertama dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan dan pertuduhan memiliki senjata berbahaya mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan sebatan. - Bernama - kosmo

Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design