Tajuk Berita Terbaru
Khamis, Jun 03, 2010
Remaja 14 tahun mengaku ada hubungan seks dengan kekasih
HULU TERENGGANU - Buta cinta. Seorang gadis berusia 14 tahun sanggup merelakan dirinya dinodai apabila secara sukarela melakukan hubungan seks biarpun hanya di kawasan hutan di Kampung Tok Gebok di sini, dengan teman lelakinya, 17 Mei lalu.
Kejadian antara jam 4.30 petang hingga 7 malam itu, terbongkar apabila mangsa, pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah sekitar Ajil, menceritakan peristiwa berkenaan kepada ibu saudaranya 30 Mei lalu, kemudiannya memaklumkan kepada ibu mangsa sehingga membawa kepada laporan polis, kelmarin.
Sebelum kejadian, mangsa yang berasal dari Kampung Tok Randok keluar bersiar-siar di sekitar Pekan Ajil dengan membonceng motosikal bersama teman lelakinya berusia 17 tahun yang juga rakan sekolahnya, sebelum mereka ke kawasan hutan untuk melampiaskan nafsu masing-masing.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah berkata, akibat kemaruk cinta juga pasangan kekasih berkenaan sebelum ini dikatakan pernah beberapa kali melakukan aksi 'ringan-ringan' sepanjang bercinta sehingga akhirnya membuatkan mereka terlanjur.
ape nak jadi daa malaysia..!!!
Ahad, Mei 30, 2010
Polis cari teman lelaki remaja tanam bayi
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis telah mengenal pasti identiti lelaki itu yang berusia 30-an dan percaya dia kini bersembunyi di sekitar Lembah Klang.
Sabtu, Mei 22, 2010
Dua premis urut gay diserbu polis

KUALA LUMPUR - Taktik dua premis urut golongan gay yang menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu kaca berkod untuk mengelakkan kegiatan mereka dihidu terbongkar apabila ia diserbu di Jalan 4/93, Taman Miharja di sini kelmarin.
Difahamkan, sebelum ini, kedua-dua premis yang beroperasi tanpa lesen sejak lima tahun lalu itu telah tiga kali diserbu.
Pegawai Turus Cawangan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, dalam serbuan di premis pertama pada pukul 9.30 malam, polis menahan seorang pemilik premis itu, 18 pelanggan lelaki termasuk seorang yang berpakaian wanita serta 21 pekerja.
Menurut beliau, siasatan mendapati pekerja di situ akan melakukan urutan di seluruh badan termasuk alat sulit pelanggan dan dipercayai akan melakukan seks luar tabii jika diminta pelanggan berdasarkan penemuan beberapa kondom yang telah digunakan di situ.
"Kita berjaya menahan lapan pekerja iaitu seorang warga China, dua Thailand, tiga Myanmar, seorang Iran, seorang India dan lima pelanggan dalam serbuan di premis pertama.
"Dalam serbuan di premis kedua pula, polis menahan seorang pemilik, 13 lelaki pekerja asing iaitu Indonesia dan Thailand serta 13 pelanggan lelaki," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.
Ragut: penganggur dipenjara empat tahun, tiga sebatan
tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana kesalahanmeragut dan memiliki senjata berbahaya pada Selasa lepas.
Hakim Mohd Nasir Nordin membuat keputusan selepas Hairulnizal Zainal, 28, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.
Hairulnizal dari Kajang mengaku meragut beg tangan milik seorang kerani yang mengandungi beg duit berwarna hijau, kad pengenalan, wang tunai RM10, barang-barang peribadi dan lesen memandu mangsa di hadapan bangunan F&N, Cheras pada 7.20 pagi, 18 Mei lepas.
Dia juga mengaku memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah pisau Rambo sepanjang 25 sentimeter di bulatan Sungai Besi, Cheras pada 7.30 pagi pada tarikh yang sama.
Bagi pertuduhan pertama dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan dan pertuduhan memiliki senjata berbahaya mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan sebatan. - Bernama - kosmo




