Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg

Sabtu, Mei 22, 2010

Cup Prix 2010 : ROZALIMAN TUBUH PASUKAN SENDIRI


MEMANG tidak asing lagi menjelang musim baru terdapat ramai pelumba berhijrah ke pasukan lain namun jarang berlaku apabila pelumba menubuhkan pasukan sendiri seperti apa yang dilakukan Mohd Rozaliman Zakaria bagi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2010. Menubuhkan sesebuah pasukan bukan perkara mudah, apatah lagi jika anda tidak mengetahui selok belok mengenainya. Menariknya, seseorang pengurus pasukan pada hari ini mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun namun Rozaliman yang hanya berusia 19 tahun telahpun mendirikan sebuah pasukan. Selain cekal menguruskan pasukan, dia berjaya mendapat keputusan positif pada penampilan pertama apabila meraih tempat ketujuh daripada 20 pelumba yang bersaing dalam kategori CP115 musim ini. Pada perlumbaan kedua, dia tidak beraksi di Kluang kerana deman campak manakala di Batu Kawan minggu lepas pula, Rozaliman tidak layak ke perlumbaan akhir apabila gagal menamatkan perlumbaan saringan akibat terbabas di pusingan kedua. Bagaimanapun, laluannya selepas ini tidak semudah yang disangka. Dia dan anggota krew perlu berdepan dengan pelbagai cabaran dari mula hingga penghabisan. Ikutilah kisahnya.
http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg






Apa perasaan anda dalam pengendalian pasukan sendiri?
Rozaliman: Secara jujur, ia bukan sesuatu tugas yang mudah. Saya harus sentiasa memastikan segala-galanya berada dalam keadaan sempurna dan teratur. Tanpa pengalaman yang luas, saya mempelajari beberapa kaedah pengurusan secara singkat dari apa yang saya saksikan daripada pengurus pasukan yang sedia ada sebelum ini.


Bila anda mula berhasrat untuk menubuhkan pasukan sendiri?

Rozaliman: Saya mempunyai impian tersebut sejak saya bersama pasukan Shell Advance Yamaha Maju Motor yang dianggotai Ahmad Fazli Sham, Ahmad Fazrul Sham dan Abd Muhaimin Roslan. Secara peribadi, saya percaya dengan memiliki pasukan sendiri ia secara tidak langsung dapat membantu saya menjadi lebih matang. Bukan itu sahaja, malah dengan pendedahan yang luas terutamanya dari aspek teknikal, ia dapat membantu saya menjadi pelumba yang lebih bagus.


Apakah nama penuh pasukan ZAR &HTM Motorsports Racing?

Rozaliman: ZAR adalah gabungan nama ayah dan emak iaitu Zakaria And Rosmah manakala HTM adalah Hin Tat Marketing. Kedua-dua ZAR dan HTM merupakan penaja utama pasukan kami.

Apakah cabaran yang paling sukar ketika ini?

Rozaliman: Komunikasi antara isu terbesar dalam pengurusan sesebuah pasukan. Pada peringkat awal, saya sebenarnya agak risau tidak mampu untuk berkomunikasi dengan ahli pasukan memandangkan saya masih muda dan kurang berpengalaman. Begitupun, terima kasih kepada semua krew yang terbabit kerana mereka benar-benar cukup profesional sekalipun pasukan ini sebenarnya adalah baru. Kami akan berkerjasama dan bertukar pendapat dalam segala perkara samada bagi penyediaan jentera mahupun dari aspek strategi perlumbaan. Walau apapun, saya telah melantik Tai Kum Yen yang merupakan ketua mekanik sebagai pengurus pasukan. Buat masa ini, segala-gala urusan pasukan adalah di bawah pengendalian Tai manakala saya mahu memberi sepenuh perhatian dalam perlumbaan.


Pandangan anda mengenai pasukan ini selepas berakhirnya perlumbaan sulung?

Rozaliman: Seperti pasukan baru lain, kami masih mencari rentak dan banyak perkara yang perlu kami pelajari. Namun perlumbaan sulung di Kedah telah memberi suntikan semangat dan ia satu petanda yang cukup baik. Pada perlumbaan ketiga, saya kurang bernasib baik kerana terbabit dengan insiden di pusingan 2 pada perlumbaan saringan. Walau apapun, masih banyak cabaran yang perlu ditempuhi dana kami tidak akan mudah berputus asa.


Siapa yang memberi sokongan ke atas penubuhan pasukan ZAR & HTM Motorsports Racing?

Rozaliman: Saya tidak nafikan keluarga merupakan pendokong utama penubuhan ZAR & HTM Motorsports Racing. Selain itu, galakan dari rakan, penaja dan bekas pengurus pasukan saya sebelum ini, Yong Yin Hoe turut membantu pasukan ini. Mereka banyak membantu saya dalam merencanakan pasukan sekalipun saya kekurangan skil pengurusan dan tidak mempunyai input yang mendalam dari aspek teknikal. Tanpa galakan mereka, saya rasakan pasukan ini tidak sempat beraksi pada permulaan musim di Kedah.


Apakah harapan anda untuk pasukan ini bagi Cub Prix musim 2010?

Rozaliman: Objektif jangka pendek kami adalah untuk menaiki podium pada perlumbaan yang akan datang. Saya jangka kami akan menerima cabaran hebat daripada pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline, Mohd Iskandar Raduan dan pelumba Motul Yamaha YY Pang, Mohd Adli Salihin, Zaidy Mohd Zaifaizal dan juga Mohd Rozaiman Mohd Said. Matlamat jangka panjang kami pula adalah untuk mengakhiri musim ini di antara lima pelumba terbaik di dalam kelas CP115. - malaysiancubprix.com



http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg





Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design