Tajuk Berita Terbaru

Sabtu, Mei 22, 2010

Piala Thomas 2010: Pemain negara salahkan media


ENTAH mana silapnya, tiba-tiba pihak media dikatakan menjadi punca skuad badminton negara gagal mencipta keputusan baik pada kempen Piala Thomas yang berakhir Ahad lalu.

Itu antara maklum balas yang diterima oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Nadzmi Salleh ketika beliau bertemu barisan pemain negara bagi mendapatkan penjelasan mengenai kegagalan Malaysia pada kempen kali ini.

"Ada pemain yang memaklumkan bahawa pihak media turut memberi tekanan kepada mereka," kata Nadzmi pada sidang media di Kuala Lumpur semalam.

"Mereka berharap agar pihak media tidak terlalu kerap bertemu pemain. Mereka juga tertekan sele- pas membaca berita mengenai mereka di akhbar setiap hari."

Nazmi turut mendedahkan, ada antara pemain yang mengakui tidak memiliki kekuatan mental yang tinggi berbanding pemain dari pasukan-pasukan lain.

"Selepas mendapat pandangan daripada semua pemain, saya dapat rumuskan bahawa kelemahan mental sebagai punca utama kegagalan skuad Piala Thomas tahun ini," tambah Nadzmi.

Antara alasan lain termasuklah kem motivasi yang diadakan selama tiga hari di Port Dickson, Negeri Sembilan terlalu hampir dengan kejohanan sebenar sehingga tidak begitu memberi impak kepada mereka.

Skuad Piala Thomas negara yang diketuai oleh Datuk Lee Chong Wei memulakan kempen kali ini dengan kemenangan percuma 5-0 ke atas Nigeria tetapi tewas 2-3 kepada Jepun dalam aksi peringkat kumpulan.

Barisan pemain negara kembali bangkit apabila menewaskan Denmark 3-2 pada peringkat suku akhir sebelum misi mereka berakhir apabila tewas 0-3 kepada China pada saingan separuh akhir.

Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design