Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg

Sabtu, Mei 29, 2010

Dua meraung di selekoh hantu


KUALA LUMPUR: Dua sahabat karib mampu meraung kesakitan selepas tersepit sebaik kereta dinaiki melanggar bukit berhampiran kawasan hutan simpan yang terkenal dengan jolokan ‘selekoh hantu’.

CEMAS..anggota bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan dua mangsa yang cedera parah selepas kereta dinaiki merempuh bukit berhampiran Jalan Batang Kali - Genting Highlands.

CEMAS..anggota bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan dua mangsa yang cedera parah selepas kereta dinaiki merempuh bukit berhampiran Jalan Batang Kali - Genting Highlands.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi semalam, kedua-dua mangsa menaiki Proton Saga mampu berdoa diselamatkan orang ramai selepas mangsa tersepit dan gagal keluar dari kenderaan remuk separuh bahagian.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan turun dari pusat peranginan Genting Highlands sebelum kereta dinaiki terbabas melanggar bukit sebelum menjunam ke dalam longkang berhampiran Kilometer 18, Jalan Batang Kali - Genting Highlands.

Saksi kejadian, Shukor Hashim berkata, mangsa bernasib baik berikutan kawasan jalan sunyi terbabit dilalui kenderaan lain yang menyedari kejadian kemalangan itu.Menurutnya, mangsa ketika itu cedera parah di kedua-dua bahagian kaki apabila kaki mereka tersepit, selain muka mangsa cedera akibat terkena serpihan cermin hadapan kenderaan pecah.

“Mangsa ketika itu mampu meraung kesakitan dengan keadaan muka berdarah akibat kemalangan berkenaan. Saya sempat memberi bantuan awal dan meredakan keadaan mereka sementara menanti bantuan kecemasan.Pada masa sama, anggota polis bantuan Genting Highlands membantu mangsa tersepit.

“Tidak berapa lama kemudian, dua jentera bomba dari Balai Bomba dan penyelamat Kuala Kubu Bahru dan Genting Highlands tiba di lokasi kejadian membantu mengeluarkan mangsa,” katanya.Menurutnya, anggota bomba yang menilai keadaan mangsa mendapati bahagian hadapan kereta remuk menyebabkan kaki mangsa terperosok dan gagal ditarik keluar.

“Berikutan itu anggota bomba dan penyelamat menggunakan alat pemotong hidrolik untuk memotong pintu kereta dan bahagian hadapan enjin kenderaan. Usaha terbabit dilakukan berhati-hati dan mengambil masa 15 minit untuk dikeluarkan.“Ketika itu, seorang mangsa tidak sedarkan diri, manakala pemandu kereta merintih kesakitan. Kedua-dua mangsa dikeluarkan jam 4.15 pagi Mereka dihantar menaiki ambulans ke Hospital Kuala Kubu Baru,’ katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 28 dan 29 tahun patah kedua belah kaki dan dilaporkan stabil.-kosmo
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design