Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg

Khamis, Ogos 05, 2010

Lagi Pusat urut dengan warga asing digempur

Pusat urut digempur, sembilan warga Thailand ditahan


SEBAHAGIAN wanita warga Thailand yang ditahan anggota polis Cawangan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Negeri Sembilan di Taman Cattleya, Senawang, semalam.


RASAH 4 Ogos - Seramai sembilan wanita warga asing yang bekerja sebagai tukang urut ditahan dalam satu serbuan di Taman Cattleya, Senawang di sini malam tadi.
Semua mereka yang berusia antara 29 hingga 53 tahun ditahan dalam serbuan yang dijalankan dua pegawai dan enam anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri pada pukul 9.30 malam.
Ketua Operasi D7 negeri, Cif Inspektor Raidah Abiddin berkata, terdapat tujuh pelanggan lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 50 tahun sedang mendapatkan perkhidmatan urut ketika pihaknya menyerbu premis itu.
"Berdasarkan siasatan yang kita peroleh, pusat urut itu telah sebulan beroperasi dan mengenakan bayaran RM37 sejam untuk khidmat urutan badan.
"Kita turut merampas wang tunai berjumlah RM2,035 dan dua botol minyak urut," katanya selepas mengetuai operasi itu malam tadi.
Raidah memberitahu, turut ditahan ialah seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun yang dipercayai menjadi pelindung kepada tukang urut dan juga premis berkenaan.
Kata beliau, kesemua wanita ini mempunyai dokumen perjalanan yang sah, tetapi mereka telah menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja di pusat ini.
Beliau berkata, kesemua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban mengikut Seksyen 56 (1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melanggar syarat kemasukan.


-utusan








makin menjadi2 menunjukkan banyak permintaan..
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design