Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg

Khamis, Ogos 05, 2010

hari Orang Asal sedunia di Sepang

Sambutan hari Orang Asal sedunia di Sepang Sabtu ini
Seramai 600 Orang Asal, termasuk dari Sabah dan Sarawak, akan berkumpul di Pantai Bagan Lalang Sepangbagi memeriahkan sambutan Hari Orang Asal Sedunia (HOAS) Sabtu dan Ahad ini.

Sambutan tahun ini dianjurkan oleh Jaringan Orang Asal Semalaysia dengan kerjasama NGO seperti Center for Orang Asli Concerns (COAC), Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) bahagian negeri Selangor dengan penganjuran di bawah Tourism Selangor Sdn Bhd.

Sambutan tahun ini akan dimeriahkan dengan pelbagai acara yang disediakan termasuk sajian makanan tradisi dari Sabah dan Sarawak.

"Selain itu, ia turut diserikan dengan persembahan kebudayaan daripada tiga rumpun Orang Asal (Sabah, Sarawak dan Semenanjung) dengan pakaian tradisi masing-masing," kata penyelaras sambutan HOAS 2010, Jenita Engi.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, turut dipamerkan ialah senjata memburu oleh Orang Asal.

"Orang awam dijemput untuk sama memeriahkan sambutan tersebut dengan mengunjungi pelbagai gerai barangan kraftangan dan juga jualan yang berkaitan dengan kehidupan Orang Asal.

Turut diadakan, tambahnya, ialah seminar perkongsian bagi masyarakat Orang Asal mengenai sejarah perjuangan untuk menuntut hak mereka.
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design