Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg

Khamis, Ogos 05, 2010

Kes bunuh separuh rentung dengan kesan tetakan


Mayat separuh rentung ditemui


MAYAT lelaki dijumpai dalam keadaan tertiarap berhampiran Taman Bukit Katil Damai, Melaka dibawa keluar oleh anggota polis untuk dibedah siasat, semalam.










MELAKA 4 Ogos - Seorang penyelia kebun terkejut apabila menemui mayat lelaki separuh rentung ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya berhampiran Taman Bukit Katil Damai, di sini hari ini.
Semasa ditemui pada pukul 10.30 pagi, mangsa yang berusia 20-an hanya memakai baju berwarna hitam.
Menurut penyelia itu, Ho Chin Chong, 42, dia sedang menuju ke arah kebun pisang apabila tiba-tiba ternampak 'objek' mencurigakan.
"Saya rasa tidak sedap hati dan mengambil keputusan menghampiri objek tersebut. Sebaik sahaja sampai saya terkejut melihat mayat itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Katanya, dia terus menghubungi majikannya dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata,
siasatan awal percaya mangsa keturunan India dan berusia 20-an hingga awal 30-an.
"Sebahagian badan mangsa daripada bahagian pusat ke bawah terbakar dan terdapat beberapa kesan tetakan di bahagian kepala," katanya.
Beliau menambah, mangsa dipercayai dibunuh terlebih dahulu sebelum dibakar.
Menurutnya, motif pembunuhan itu dan masa sebenar mangsa dibunuh masih dalam siasatan.
Katanya, tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mangsa dan beliau berharap mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Cif Inspektor Lee Chien Sien di talian 06-2842222.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

-utusan




boleh la kita buka sekolah membunuh pulak lepas ni
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design