Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg

Selasa, Ogos 10, 2010

Liwat II : kes Farah Azlina Latif Bersama saiful ditolak

Kosmo -Permohonan Anwar ditolak

KUALA LUMPUR – Permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan perintah supaya bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif memberi keterangan berhubung dakwaan ‘hubungan sulit’ mereka ditolak Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan perkara itu setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, Karpal berhujah bahawa mahkamah mempunyai budi bicara di bawah Seksyen 425 Kod Prosedur Jenayah untuk memanggil kedua-dua mereka sebagai saksi bagi memberi keterangan berhubung dakwaan hubungan sulit tersebut.
Beliau mempertikaikan tindakan Mohd. Saiful mahupun Farah Azlina yang tidak menjawab dakwaan itu, sebaliknya afidavit jawapan dibuat Pendakwa Raya Kanan, Mohamad Hanafiah Zakaria dan pegawai penyiasat kes itu, Supritendan Jude Blacious Pereira.
Sedangkan, hujah beliau, kebenaran tentang dakwaan hubungan sulit tersebut hanya boleh diketahui sekiranya kedua-dua mereka dipanggil memberi keterangan di mahkamah.
“Dalam hal ini, pihak pendakwaan tidak bercadang memanggil mereka untuk memberi keterangan manakala kami tidak mempunyai kapasiti untuk berbuat demikian, justeru budi bicara mahkamah diperlukan bagi memanggil mereka,” katanya yang turut menyatakan permohonan tersebut tidak pernah dibuat dalam undang-undang negara.
Bagaimanapun, ia dibantah Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang menegaskan Hanafiah selaku orang yang bertanggungjawab dalam kertas siasatan telah menyatakan secara jelas dalam afidavitnya bahawa Farah Azlina tidak mempunyai sebarang akses langsung dengan dokumen kes.
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design