Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg

Selasa, Ogos 10, 2010

lelaki mati dalam beg plastik

Sinar Harian-Lelaki yang ditemui dalam plastik hitam mati akibat lemas: Polis
KUALA LUMPUR - Lelaki yang ditemui mati dengan tangan terikat dalam plastik hitam di Rawang Jumaat lepas, masih hidup ketika dimasukkan ke dalam plastik itu, kata polis.

Fakta itu diperoleh hasil bedah siasat oleh Hospital Sungai Buloh yang mendapati mangsa masih hidup ketika dimasukkan ke dalam plastik itu.


Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, hasil bedah siasat itu mengesahkan lelaki terbabit mati akibat lemas dan tiada kecederaan lain ditemui pada badannya.

"Mangsa dipercayai dipengsankan terlebih dahulu sebelum diikat dan dimasukkan ke dalam beg plastik itu," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Jumaat lepas, mayat seorang lelaki ditemui dalam plastik hitam dengan kedua-dua belah tangannya terikat dalam sebuah longkang besar di Jalan Belmas Johan 5, Rawang.

Mayat lelaki berkulit gelap itu dijumpai pada pukul 2 petang oleh orang awam dalam longkang sedalam 0.6 meter dan dia dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak dalam longkang itu.

Abdul Rahim berkata, polis sedang mengesan identiti mangsa melalui cap jari dan meminta orang ramai yang kehilangan saudara atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design