Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg

Jumaat, Ogos 06, 2010

pelajar lemas di Tasik Cempaka, Bangi

kosmo - Pelajar lemas ketika ponteng sekolah

 


MOHD. SHAHRUL FITRI (kanan) menunjukkan lokasi Mohd. Fahmi lemas di Tasik Cempaka, Bangi semalam.


 

BANDAR BARU BANGI – Tindakan seorang pelajar ponteng sekolah agama sesi petang untuk pergi memancing bersama tiga lagi rakannya mengundang padah apabila dia ditemui lemas dalam Tasik Cempaka di Bandar Baru Bangi di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 4 petang itu, Mohd. Fahmi Jefri, 12, dipercayai tergelincir ke dalam tasik berkenaan bersama tiga lagi rakannya.
Dia gagal menyelamatkan diri kerana dipercayai tidak tahu berenang.
Tiga lagi rakannya yang terselamat ialah Mohd. Shahrul Fitri Zurin, Haziq Izidin Anizam dan Fikri Abdul Rahman. Kesemua mereka berusia 11 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam di sini.
Menceritakan kembali kejadian tersebut, Mohd. Shahrul Fitri memberitahu, Mohd. Fahmi telah mengajak mereka pergi memancing dengannya selepas mendakwa yang dia telah berhenti sekolah agama.
Katanya, dia yang percaya dengan dakwaan mangsa bersetuju pergi ke tasik tersebut sebelum ternampak seorang lelaki datang ke arah mereka tidak lama kemudian.
“Kami yang takut dimarahi lelaki itu kemudian bergegas meninggalkan kawasan tersebut sebelum tergelincir ke dalam tasik kerana tebingnya yang agak curam.
“Saya, Haziq Izidin dan Fikri dapat menyelamatkan diri tetapi Mohd. Fahmi gagal kerana dia tidak pandai berenang. Kami panik selepas melihat dia terkapai-kapai sebelum bergegas meminta tolong,” katanya ketika ditemui semalam.
Sementara itu, bapa mangsa, Jefri Subari, 34, ketika dihubungi memberitahu, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak polis setengah jam kemudian.






ponteng sekolah al-kisahnya....apa2 pun takziah untuk keluarga mangsa,al-fatihah..
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design