Tajuk Berita Terbaru

Ahad, Mei 30, 2010

Polis cari teman lelaki remaja tanam bayi

PETALING JAYA — Polis sedang mengesan teman lelaki kepada remaja perempuan yang dikaitkan dengan kes penemuan mayat seorang bayi yang ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa dekat sini Isnin lepas.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis telah mengenal pasti identiti lelaki itu yang berusia 30-an dan percaya dia kini bersembunyi di sekitar Lembah Klang.

"Kita sedang mengesan teman lelaki remaja itu, yang bekerja sebagai operator sebuah kilang, bagi membantu siasatan mengenai kejadian tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan amal menembak anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Lapang Sasar Subang hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mayat bayi lelaki malang berkenaan ditemui oleh seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad yang kemudiannya melaporkan tentang kewujudan sebuah kubur kecil di kawasan terbabit.
Hasil pemeriksaan ke atas kubur itu, polis menemui mayat bayi berkenaan yang dibalut dengan kain lampin dan dipercayai baru dilahirkan. - Bernama
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design