Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg

Jumaat, Ogos 06, 2010

budak 11 tahun diculik waktu balik ngaji

kosmo-Budak diculik ketika balik mengaji


ADIK mangsa menunjukkan tempat kakaknya menaiki kereta suspek sebelum dilarikan di Taman Meru 3C, Ipoh semalam.



IPOH – Seorang budak perempuan berusia 11 tahun menghadapi saat cemas selama dua jam ketika dilarikan seorang lelaki yang memandu kereta Perodua Myvi sewaktu berjalan pulang ke rumahnya dari kelas mengaji al-Quran di Taman Meru 3C di sini malam kelmarin.
Semasa kejadian pada pukul 8.30 malam itu, mangsa yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Jati termakan pujuk suspek yang berpura-pura meminta pertolongan menunjukkan sebuah kedai runcit yang menjual kad tambah nilai prabayar telefon bimbit.
Mangsa yang akur kepada permintaan lelaki itu terus menaiki kereta suspek sambil disaksikan oleh lima rakannya termasuk adik lelaki mangsa yang berusia sembilan tahun.
Selepas dua jam dibawa menaiki kereta, mangsa ditinggalkan di sebuah padang di Taman Kinta, Gopeng pukul 10.45 malam kelmarin iaitu kira-kira 45 kilometer (km) dari tempat kejadian.
Adik mangsa menceritakan, sebelum kejadian mereka sedang berjalan ke rumah yang hanya terletak 50 meter dari situ.
“Kami semua nampak ada kereta Myvi warna hijau berhenti dan ada seorang lelaki di dalam.
“Kakak kemudian masuk kereta itu selepas orang yang memandunya meminta ditunjukkan kedai tersebut,” cerita kanak-kanak itu.
Bimbang dengan apa yang berlaku, dia bersama rakan-rakannya mengadu kepada guru kelas mengaji, Rapinah Yusoff, 59.
Menurut Rapinah, dia terus meminta adik mangsa segera memaklumkan kehilangan kakaknya kepada keluarga.
“Masa itu memang kelam-kabut sampai ibu bapa kanak-kanak itu tidak tentu arah mencari anak mereka di beberapa buah rumah kedai berdekatan,’’ katanya ketika ditemui di sini semalam.
Ibu bapa mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Jelapang.



budak 11 tahun?? apa motif??
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design