Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg

Sabtu, Ogos 07, 2010

Pengurus Besar Sime Darby mengaku tak bersalah

kosmo-Rasuah RM99,000



ZAMBRI diiringi keluar selepas dituduh mengambil rasuah RM99,000 di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Pengurus Besar Sime Darby Holdings mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menerima rasuah RM99,000 daripada seorang pelabur sebuah syarikat pembinaan dua tahun lalu.
Zamri Mohd. Iderus, 39, yang bertugas di bahagian Marin, Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Projek Antarabangsa didakwa memperoleh dua keping cek bernilai RM50,000 dan RM49,000 daripada Kamarudin Hussin di Warung Junction, Hotel The Summit, Subang Jaya, dekat sini kira-kira pukul 8 malam pada 7 November lalu.


Rasuah yang diperoleh Zamri adalah sebagai upah kerana memberikan maklumat mengenai harga bidaan untuk syarikat Arrow Platform (M) Sdn. Bhd. memperoleh kerja-kerja subkontrak bagi projek pembinaan bernilai RM14.4 juta dan kerja-kerja pemasangan paip tembaga daripada Sime Darby Engineering.
Dia dituduh mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama iaitu hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.
Zamri turut menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu mendedahkan maklumat berkenaan harga bidaan tersebut untuk mendapatkan keuntungan iaitu menerima dua keping cek berjumlah RM99,000 tanpa kebenaran Sime Darby Engineering.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Sime Darby, Persiaran Kewajipan, USJ 7 Subang Jaya pada pertengahan November 2008.


upah bagi maklumat sja.....tunggu perbicaraan selesai
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design