Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg

Isnin, Ogos 09, 2010

Hukuman berat untuk skim cepat kaya

Utusan -Hukuman berat skim cepat kaya

BERA 8 Ogos – Penganjur perniagaan jualan langsung dalam bentuk skim piramid dan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang melakukan penipuan akan menerima hukuman lebih berat apabila Akta Jualan Langsung dan Antipiramid berkuat kuasa akhir tahun ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memandang serius penipuan pihak berkenaan yang memperdayakan orang ramai melabur dalam skim itu.


Katanya, mereka yang mengaut keuntungan bernilai ratusan juta ringgit melalui skim piramid dan MLM kini semakin berleluasa menipu orang ramai dalam perniagaan yang tidak wujud.
“Mereka yang menyalahgunakan lesen tidak akan dimaafkan, mereka akan berdepan tindakan tegas di bawah akta baru yang boleh didenda RM5 juta dan penjara 10 tahun apabila dikuatkuasakan nanti.
“Denda sekarang ini RM250,000 bagi kesalahan pertama dan RM500,000 kesalahan kedua dan seterusnya. Ia tidak memberi kesan kepada penganjur skim terbabit,” kata Ismail Sabri.
Beliau ditemui selepas majlis gotong-royong dan ramah-mesra bersama penduduk Orang Asli di Bukit Gemuruh Kemayan, Bera, dekat sini hari ini.
Menurut Ismail Sabri, melalui akta baru itu yang sedang diteliti Jabatan Peguam Negara dan akan dibentang pada sidang Parlimen Oktober ini, diharap dapat membendung kerakusan pihak terbabit.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, Orang Asli perlu menjadi mata dan telinga kerajaan bagi melaporkan segala kegiatan jenayah, menyorok dan menaik harga barangan kepada pihak berkuasa.
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design