Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg

Isnin, Ogos 09, 2010

bilal mati dilanggar


Mymetro - Tak sempat laung azan


ANGKAT...anggota polis dan orang ramai mengangkat mayat mangsa yang terbabit dalam kemalangan, semalam.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa Abas Ab Rahman, 58, menunggang motosikal sendirian di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ)/ Bachang menuju ke masjid itu yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di Batu 2 1/4, Jalan Tun Perak, Bakar Batu, Bachang.

Difahamkan juga akibat dilanggar kereta dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun itu mangsa tercampak beberapa meter sebelum menghembuskan nafas akibat cedera parah.


Menurut menantu, arwah, Md Noh Abu, 30, yang juga saksi kejadian, beliau langsung tidak menyangkakan kemalangan berlaku di hadapan matanya membabitkan ahli keluarganya.

Katanya, ketika itu beliau berada di sebuah gerai makan di hadapan Lebuh AMJ di tempat kejadian kerana menunggu untuk mengambil isterinya yang tidur di rumah mentuanya.

“Tiba-tiba saya dengar bunyi dentuman kuat diikuti bunyi deruman enjin yang kuat selepas beberapa ketika. Saya berkejar untuk melihat apa berlaku.

“Saya terperanjat apabila melihat bapa mentua saya jadi

TERBALIK...kereta yang dipercayai melanggar mangsa 
dalam kemalangan.


mangsa kemalangan itu dan ketika itu ada seseorang memberitahu saya sebuah kereta berada di persimpangan lampu isyarat berdekatan,” katanya.

Katanya, jenazah mentuanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bidadari, Bachang, dekat sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Turus Trafik Daerah Melaka Tengah Asisten Superintendan Poon Nam E Kling berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila mangsa yang menunggang motosikal dipercayai mengubah haluan menyebabkan dilanggar dari belakang.
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design