Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg

Rabu, Mei 19, 2010

Gadis khalwat larikan kereta pegawai Jaim diberkas-positif dadah jenis syabu

2010/05/17 MELAKA: Polis memberkas semula suspek wanita yang melarikan diri daripada tahanan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) selepas dikesan memandu kenderaan milik pegawai Jaim yang menahannya ke rumah keluarganya di Kampung Gadek, di Alor Gajah, jam 9 pagi, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata gadis itu yang ditahan Jaim atas kesalahan berkhalwat bersama teman lelakinya pada malam sebelum itu, diberkas semula kurang daripada tempoh 24 jam selepas melarikan diri.
“Usaha menjejaki gadis berusia 20-an terbabit bermula apabila polis menerima laporan daripada seorang pegawai penguat kuasa Jaim yang mendakwa suspek melarikan diri ketika ditahan di pejabat Jaim di Kompleks Perniagaan Al-Azim di sini, jam 7.45 pagi, Jumaat lalu.

“Suspek sebelum itu ditahan Jaim bersama teman lelakinya kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah dalam operasi cegah maksiat, tetapi pegawai yang menahannya kemudian menyedari gadis yang ditahan itu melarikan diri jam 5.30 pagi tadi (semalam),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, siasatan polis di kompleks itu mendapati gadis terbabit cuba melarikan diri selepas memecahkan siling bilik tahanan di pejabat Jaim.

“Gadis terbabit kemudian memandu kenderaan pegawai Jaim yang terlupa mengeluarkan kunci kenderaan itu ketika meletakkannya di kawasan berhampiran kompleks berkenaan,” katanya.
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design