SEORANG peniaga, Abd. Razak Mydin melihat bekalan rokok yang dijual di kedainya di Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Semua peniaga rokok sama ada di restoran besar atau gerai jalanan akan diwajibkan mempunyai lesen daripada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) mulai 1 September ini.
Pengerusi LKTN, Datuk Ismail Kassim berkata, selain penjual rokok, mereka yang terlibat memproses, mengilang dan mengimport tembakau serta kenaf juga perlu memiliki lesen berkenaan mulai tarikh tersebut.
Menurutnya, lesen itu dikeluarkan bertujuan mengawal selia dan menyelaras semua aktiviti berkaitan industri tembakau serta membanteras penjualan rokok seludup yang berleluasa selama ini.





