Tajuk Berita Terbaru

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg

Ahad, Ogos 08, 2010

Malaysia Sasar Satu Pingat di olimpik remaja

Bernama-Malaysia Sasar Satu Pingat Pada Sukan Olimpik Remaja
LANGKAWI, 7 Ogos (Bernama) -- Dua pelayar negara, Mohd Amirul Shafiq Md Jais dan Khairuneeta Mohd Afendy menjadi sandaran untuk menyumbang satu pingat kepada Malaysia pada Sukan Olimpik Remaja 2010 di Singapura dari 14 hingga 26 Ogos ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata warna pingat tidak ditetapkan tetapi pihaknya menaruh harapan untuk meraih sekurang-kurang satu pingat.

"Kita berharap sasaran itu akan berhasil dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelayar itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Sabtu.



Beliau berkata kedua-dua pelayar itu akan berlepas ke Kuala Lumpur dan menerima bendera Malaysia daripada Majlis Sukan Negara (MSN) esok.

Kontinjen negara bagi Sukan Olimpik Remaja yang terdiri daripada 22 orang iaitu 13 atlet, lapan jurulatih dan ketua kontinjen akan bertolak ke Singapura 10 Ogos ini.

Malaysia menyertai acara terjun, badminton dan pelayaran pada sukan itu.

Sementara itu, MYA sedang mengadakan pemilihan pasukan "Keel boat" di Lumut, Perak untuk menghadapi Sukan Asia 2010 di China pada penghujung tahun ini.

Mohd Afendy berkata hanya satu pasukan mengandungi lima pelayar akan dipilih menyertai sukan itu.

Beliau berkata enam pasukan sedang menyertai pemilihan tiga hari itu yang berakhir Sabtu.
Sila "share" Berita2 di sini dengan kawan2 anda...terima kasih
 
© 2009 Berita pagi malaysia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design